Categories: DramaTrendingTV3

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Antara yang menarik tentang karya seni adalah keupayaannya untuk memberi cerminan tentang apa yang berlaku dalam dunia seharian.

Drama Samarinda ‘Hati Tanpa Rasa’ adalah sebuah karya yang memaparkan situasi yang berlaku dalam masyarakat kini.

Cerita ini berkisar si gadis bernama Nur Kaisara (dilakonkan oleh Scha Ellinea) yang terlalu mengutamakan penampilan dan kecantikan. Dia sanggup mengorbankan gaji yang tak seberapa demi gaya. Perangainya yang ala ‘diva’ juga tidak begitu disenangi ramai.

Turut mewarnai kisah ini adalah Naufal Nidham (dilakonkan oleh Redza Rosli) atau lebih mesra disapa sebagai NID yang merupakan seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya. NID merupakan dari keluarga yang berada tetapi rendah diri.

Nur Kaisara telah menerima tawaran bekerja di syarikat NID. Namun, ia bukanlah untuk jawatan yang disangka. Dinamik hubungan mereka membawa kepada kemuncak yang tidak dijangka.

Jangan lupa untuk saksikan perjalanan kisah Nur Kaisara dan NID dalam ‘Hati Tanpa Rasa’ pada jam 10 malam di saluran TV3.

Afiqah Azizan