Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin August 14, 2023 @ 7:10pm

Dulu Dikritik ‘Makan Macam B*bi’ Kerana Video ASMR, Kini Hisham Raus Jadi Perhatian! Content Raih Lebih 32 Juta Tontonan, Tular Sehingga Ke Eropah

Satu pencapaian yang membanggakan buat pempengaruh dalam bidang makanan, Hisham Raus apabila kandungan campuran air berkarbonat dan teh uncang yang dimuatnaik di laman sosial meraih perhatian sehingga ke luar negara.

Menurut Hisham, kandungan itu menerima kira-kira lebih 32 juta tontonan iaitu 20 juta tontonan di Instagram manakala di Tiktok lebih 12 juta yang menonton.

Gara-gara kandungan itu juga pengikut Hisham turut naik dengan mendadak di Instagram iaitu lebih kurang 250,000 di dua platform iaitu 100,000 di Instagram dan 150,000 menerusi Tik Tok dalam masa tujuh hari.

“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh. Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuat naik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.

“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.

Tambah Hisham, video-video resepi mudah menggunakan kaedah suntingan fast cut membuatkan golongan warganet menggelarkan dirinya ‘Bayashi Malaysia’.

Untuk makluman, Bayashi adalah pempengaruh TikTok Jepun yang terkenal dengan posting resepi mudah dengan menggunakan suntingan fast cut.

Sementara itu, bercakap mengenai kehidupan sebagai pempengaruh, perkara itu bukan mudah kerana memerlukan semangat yang tinggi dan komited untuk terus konsisten dalam setiap kandungan video yang dimuatnaik.

“Bayangkan saya terpaksa berjaga sehingga 4 ke 5 pagi untuk mencari idea apa yang patut dihasilkan agar ia dapat perhatian ramai dan semestinya memberi manfaat buat yang menonton.

“Bila nak rekod pun bukan mudah, saya tidak mempunyai jurukamera dan hanya menggunakan telefon bimbit saja untuk rekod dan guna kemera belakang (tiada monitor) (bukan selfie kamera).

“Dan yang paling penting, saya perlu konsisten agar para pengikut sudah bersedia dengan posting saya yang seterusnya,” ujar anak kelahiran Kuala Terengganu itu.

Mengenai Hisham, dia memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di YouTube.

Bagaimanapun, kerana hasad dengki segelintir pihak yang tidak berpuas hati, Hisham berputus asa dan mengambil keputusan berhenti untuk terus membuat kandungan video.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, semangatnya semakin pulih dan mula aktif di Instagram dan TikTok pula.

Dalam pada itu, kemunculan semula Hisham menghasilkan pelbagai video-video kreatif masih tidak menghalang kewujudan haters.

Namun dia mengambil perkara itu sebagai komen-komen pedas yang akan mengasah lagi skil penghasilan videonya.

“Dulu orang siap mengata ‘makan macam b*bi!’ kerana bunyi ASMR, dan macam-macam lagi orang hina. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata. Penat buat video, orang dengan mudahnya mengecam tanpa belas kasihan.

“Saya selalu cari video-video pempengaruh luar negara sebagai rujukan dan banyaklah komen jahat kerana kononnya saya meniru. Bagaimanapun kita matang kerana pengalaman yang dilalui kan… Saya berbalik kepada niat, apa tujuan utama saya jadi pempengaruh? Untuk menambahkan pendapatan dan boleh tampung keluarga.

“Jadi saya anggap haters akan buatkan kita jadi lebih baik. Tanpa mereka, video kita belum cukup baik. Alhamdulillah, sekarang ini, yang mana pernah jadi haters kini pengikut setia saya,” tuturnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Dec 2022

Menjerit Ketika Tunggang Kuda, Netizen Label Ratu Farah ‘Over’

Beberapa bulan lalu, tular satu rakaman yang memaparkan selebriti TikTok, Ratu Farah mencuba aktiviti ‘flying fox’ di sebuah resort. Kini, Ratu sekali lagi muncul dalam video baharu mencuba aktiviti menunggang kuda di resort yang sama. […]

Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Events Thu, 20 Feb 2025

Kes B*nuh Zayn Rayyan: Pengasuh Dakwa Dengar Suara Cuba Lepaskan Diri

Pengasuh Zayn Rayyan memaklumkan oerkara itu dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Kisah Viral Wed, 28 Jun 2023
Featured Mon, 29 Jul 2024

Hampir Hilang Nyawa Lahirkan Siti Aafiyah, Tunku Azizah Minta Netizen Jangan Salahkan Siti Nurhaliza – “Bertenang, Saya Yang Kongsi Cerita Dengan Mereka”

Bertenang! Jangan cepat jatuhkan hukum dekat orang lain. Itulah pengorbanan seorang ibu, melahirkan & mendidik 😥

Featured Tue, 19 Jul 2022

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Luahan hati seorang isteri 🥲 Apapun, min doakan semoga hubuangan Nadya dan suami akan bertambah baik ❤️

Featured Thu, 2 Jan 2025
error: Content is protected !!