Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 5, 2019 @ 3:54pm

Dulu Pelakon, Kini Penyanyi Rap…Tahniah Saharul Ridzwan!

Siapa sangka angan-angan pelakon Saharul Ridzwan bergelar penyanyi rap akhirnya terlaksana apabila tampil dengan single terbaharu duet bersama Ajai.

Menurut Saharul, pertemuan dengan penyanyi dan komposer terkenal itu pada tahun lalu membuatkan dia tidak berfikir panjang untuk berkolaborasi dalam sebuah single.

“ Saya bercita- cita untuk bergelar penyanyi dan mampu menulis lirik. Tak sangka lirik yang dikongsi mendapat respon positif daripada Abang Ajai.

“ Selepas beberapa siri perbincangan diadakan, tercetuslah lagu berjudul ‘Buku Putih’ yang mana iramanya dihasilkan oleh Abang Ajai,” katanya di majlis pelancaran single Buku Putih di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur, petang tadi.

Akui Saharul, proses rakaman lagu ini juga berjalan mudah dan hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.

“ Alhamdulillah segalanya mudah dan lancar dengan bantuan tenaga kerja profesional daripada Mac Chew, Rumie Booty dan Bard Muffins. Proses mastering lagu ini pula disiapkan di Australia oleh Don Bartley,” katanya.

Saharul yang merupakan pelakon sepenuh masa sebelum ini memaklumkan dia sudah lama mahu bergelar penyanyi cuma rezeki dalam bidang lakonan datang terlebih dahulu.

“ Saya cuma menanti peluang dan waktu sesuai. Sekarang tiba masanya untuk mencabar diri bergelar selebriti serba boleh.

“ Selain itu, saya mahu dikenali sebagai SR ketika di pentas nyanyian manakala panggilan Saharul Ridzwan dalam bidang lakonan,” katanya berharap agar single Buku Putih diterima baik oleh pendengar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Mon, 21 Jul 2025

Dilabel Baran, Netizen Backup Izara Aishah -“Dia Bukan People Pleaser, Dia Realistik!”

Izaea digelar garang gara-gara bertidak meninggikan suara ketiak sesi live di TikTok.

Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Featured Wed, 6 Sep 2023
LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

Hiburan Thu, 11 May 2023
Hiburan Wed, 7 Feb 2018

DUKUN BOCOR ANGKARA SIAPA?

Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2006 itu dilaporkan sudah dapat ditonton di laman Facebook. Difahamkan hampir keseluruhan filem itu sudah bocor. Aduhai…kerja siapa lah ni?

error: Content is protected !!