Categories: Eat Travel

6 Lokasi Untuk Aktiviti Hiking Di Malaysia Yang Berikan Pemandangan Wow Kepada Pendaki

Sekali sekala, selepas terperuk di bandar kerana kerja, memang seronok bila kita dapat keluar dari situ dan enjoy alam sekitar.

Salah satu cara paling menarik untuk betul-betul menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini adalah dengan pergi mendaki gunung atau bukit yang ada di Malaysia.

Memanglah penat, tapi pemandangan yang menanti anda di puncaknya memang berbaloi!

Kalau nak yang paling mencabar, daftarkan diri untuk mendaki Gunung Kinabalu di Sabah. Tapi kalau anda belum bersedia lagi, cuba tackle dulu bukit atau gunung lain yang tak begitu menakutkan.

Para peminat hiking dari Kuala Lumpur mungkin dah kenal sangat dengan lokasi-lokasi hiking yang popular, seperti Broga Hill dan Bukit Tabur.

Kalau anda ingin cuba lokasi lain selain itu, di sini ada beberapa lokasi yang anda boleh pertimbangkan.

1. Gunung Pulai (Johor)

Foto: Instagram @traveloguewaneq

Tahap kesukaran: Mudah

Durasi pergi balik: 2-3 jam

Highlight: Takungan Gunung Pulai, air terjun, taman

Bagi sesiapa yang baru nak menjinak-jinakkan diri dalam aktiviti mendaki, lokasi ini sesuai sangat untuk mereka. Laluan sejauh 5km ke puncak melibatkan jalan tar yang dijaga dengan elok, jadi ia amat sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil mahupun warga emas. Nak patah balik pun senang!

Gunung ini popular dalam kalangan orang Malaysia serta Singapura kerana pemandangannya yang indah, menjadikan tempat lepak yang menarik ketika hujung minggu. Kalau trek mendaki ini tak menarik minat anda, ada kawasan air terjun yang anda boleh juga enjoy.

2. Panorama Hill (Pahang)

Foto: Instagram @amber.ang97

Tahap kesukaran: Mudah

Durasi pergi balik: 45 minit-1 jam

Highlight: Awan kepul-kepul, matahari terbit, trek Sungai Lembing

Bukit yang terletak di Sungai Lembing, Pahang merupakan laluan mendaki yang mudah melibatkan tangga cerun yang dijaga elok oleh penduduk berdekatan. Siap ada tempat pegang di tengah untuk bantu anda naik.

Setibanya anda di puncak, anda akan dapat nikmati pemandangan awan yang meliputi permukaan atas pokok-pokok di tanah rata.

Lokasi ini juga menawarkan pemandangan matahari terbit. Pastikan anda daki awal-awal; jangan terlepas pula!

Kawasan ini selalunya penuh dengan orang ramai pada hujung minggu dan cuti umum, jadi kalau boleh, datang pada hari biasa.

3. Gunung Raya (Kedah)

Foto: Instagram @joseph_foo_

Tahap kesukaran: Mudah ke sederhana

Durasi pergi balik: 3-4 jam

Highlight: Gunung tertinggi di Langkawi, hill resort, pemandangan Laut Andaman, burung kenyalang

Terletak di Langkawi, ia berdiri di ketinggian 881 meter dan kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Jika anda bertuah, anda akan berpeluang untuk nampak burung kenyalang, monyet macaque dan burung helang yang terkenal di Langkawi.

Di Gunung Raya, ada pelbagai jenis pakej pendakian yang ditawarkan untuk pendaki baru serta yang dah berpengalaman. Kalau anda nak drive ke puncak pun boleh, tapi jika anda menggunakan kaki, barulah syok!

Cabarannya, anda perlu menaiki 4,287 anak tangga. Mula-mula landai, tapi lama-lama makin cerun. Tak digalakkan untuk golongan senior citizen!

Bila anda sampai ke puncak, ada watch tower yang membolehkan anda menikmati pemandangan panorama 360 darjah di Langkawi, Laut Andaman dan juga tanah besar Thailand. Bayar saja RM10, anda juga akan dapat secawan teh!

4. Gunung Baling (Kedah)

Foto: Instagram @kee_obsessedred

Tahap kesukaran: Mudah ke sederhana

Durasi pergi balik: 3-4 jam

Highlight: Permukaan berbatu, banjaran cantik, pemandangan Gunung Pulai

Trek pendaki bermula dari carpark dan berjarak sejauh 1.85km dengan ketinggian 450 meter. 400 meter pertama memang agak challenging kerana kecerunannya. Dan memandangkan laluan tersebut diperbuat daripada tanah, anda mungkin boleh tergelincir jika cuaca hujan pada hari sebelumnya. Berhati-hati, ya!

Selepas itu barulah laluan tersebut menjadi lebih landai tapi permukaan bukit itu juga lebih berbatu. Tak apa, bunyi saja menakutkan tapi sebenarnya ia taklah begitu susah untuk tackle.

Bonus!

Bagi anda yang masih belum mencuba untuk tackle Broga Hill dan Bukit Tabur, ketahui fakta penting tentangnya:

Broga Hill (Selangor)

Foto: Facebook @BukitBrogaHill

Tahap kesukaran: Mudah ke sederhana

Durasi: 1-2 jam

Highlight: Ada 3 puncak; lokasi popular untuk menyaksikan matahari terbit

Ia terkenal dengan pemandangan panoramanya, terutamanya di waktu subuh.

Berada di ketinggian 400 meter, Broga Hill tidaklah begitu sukar untuk didaki kerana laluannya adalah straightforward dan mempunyai cerun yang tak begitu mencabar.

Awas! Ada potensi untuk Broga Hill ini menjadi penuh dengan pengunjung pada hujung minggu dan cuti umum, jadi kalau boleh, pergi pada hari biasa. Anda juga patut datang berbekalkan air minum, pakaian yang cover kulit serta sunscreen sebab anda akan terdedah kepada cahaya matahari.

Bukit Tabur (Selangor)

Foto: Instagram @ricoyaw

Tahap kesukaran: Sederhana

Durasi pergi balik: 6-8 jam

Highlight: The Dragon’s Backbone, empangan Klang Gates, Bukit Melawati

Waktu melawat: Khamis, hujung minggu dan hari cuti umum dari 8.30 pagi ke 5 petang

Nota: Anda perlukan permit untuk mendaki bukit ini. Berharga RM5 seorang, ia boleh didapati di Jabatan Perhutanan Selangor

Terletak 20km dari Kuala Lumpur, terusan panjang bukit berbatu kuartz ini menawarkan pemandangan panorama bandar tersebut, hutan simpan Gombak serta empangan Klang Gates.

Ada 5 puncak untuk anda capai dan ia sesuai untuk pendaki yang dah berpengalaman dan untuk mereka yang ingin cuba sesuatu yang mencabar.

Laluan ke puncak adalah straightforward tapi tetap mencabar. Ada satu part di mana anda perlu gunakan kedua-dua tangan dan kaki untuk panjat! Ingat saja yang pemandangan yang menanti pasti berbaloi.

Sumber: Have Halal Will Travel

Ad Ops