Eat Travel By: Ad Ops May 18, 2018 @ 10:00am

Bufet Ramadan PICC Hidangkan Lebih 300 Jenis Sajian Tempatan Serta Antarabangsa, Gerenti Puas!

Biasalah, bila tibanya bulan puasa, mesti ada pelbagai pilihan untuk berbuka puasa, sampai tak tahu yang mana satu nak pergi.

Kalau nak makan puas-puas, hidangan jenis bufetlah yang syok sebab ada banyak pilihan. Ikut mood dan tanya perut anda, nak makan apa hari tu.

Ternyata ada banyak restoran yang menyediakan hidangan bufet, dan Restoran Pot&Pan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) juga tidak ketinggalan.

Tema bufet PICC tahun ini ialah Warna-Warni Ramadan dan kalau anda inginkan bufet yang ada banyak pilihan juadah, inilah bufet yang dicari.

Juadah yang dijual bukan saja makanan atau lauk tempatan dari pelbagai jenis etnik; sajian antarabangsa pun ada!

Dan yang paling best, Warna-Warni Ramadan akan menawarkan bukan 20, bukan 30 tapi lebih daripada 300 jenis juadah. Wah, banyaknya pilihan!

Foto: PICC

Tukang masaknya bukan orang-orang biasa tapi 12 orang chef daripada pasukan kulinari PICC. Terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyediakan sajian seperti Laksa Thai dan Laksa Kedah Ikan Sekoq, Ayam Percik Golek, Pulut Mangga, Nasi Arab Khabsa dan Mendy, macam-macam jenis sup, serta Kuih Keria PICC.

Sebahagian daripada sajian ini akan dimasak di situ juga, macam konsep gerai di bazar Ramadan.

Hidangan barat pula termasuklah pasta dan western grill. Anda boleh minta sendiri bagaimana anda nak ia dimasak. Well-done ke, medium well ke…

Untuk pencuci mulut pula, ada ABC disaluti ais krim, cendol, kek, buah-buahan, dan minuman teh tarik.  

Hidangan signature PICC ialah kambing panggang goleknya, tapi favourite penulis ialah rendang itik. Fuuuh, lembut dan cukup rempah ratusnya!

Dapat bayangkan tak, betapa sedapnya makanan di sini?

Foto: PICC

Jom pergi!

Jadi jika anda tak ada plan untuk berbuka di mana, bolehlah singgah ke PICC. Ada macam-macam jenis makanan, gerenti puas!

Bufet Warna-Warni Ramadan bertempat di Restoran Pot&Pan, PICC dari 18 Mei ke 13 Jun, dari pukul 6.30 petang ke 10 malam.

Untuk orang dewasa, bufet ini berharga RM98 seorang manakala untuk kanak-kanak, ia berharga RM49 seorang. Berbaloilah jika anda dapat menikmati lebih dari 300 juadah! Bila lagi?

Bukan itu saja! Terdapat juga lucky draw dengan hadiah terkumpul bernilai RM10,000 untuk anda menangi. Wah, bukan dapat makan saja, peluang menang hadiah pun dapat!

Untuk membuat tempahan atau segala pertanyaan, sila hubungi talian hotline 013-5299 496 atau talian utama 03-8887 6186.

Anda juga boleh hubungi PICC melalui emel: [email protected] atau [email protected].

Buka puasa dengan seafood!

Selain di Restoran Pot&Pan, Restoran Seafood Putrajaya (PSR) di Taman Botani Putrajaya juga menawarkan hidangan bufet berbuka puasa.

Berkonsepkan Oriental, semua sajian di sini disediakan oleh Ketua Chef PSR, Chef Choi serta pasukan kulinarinya dari 18 Mei ke 13 Jun.

Menunya berubah setiap minggu. Antara hidangan yang disajikan ialah Makanan Laut Bakar ala Nyonya, Nasi Ayam dan Itik Hainan, Bubur Teow Chew, dimsum, dan pelbagai jenis nasi goreng.

Bufet ini berharga RM78 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 8 Jun 2018
Eat Travel Tue, 18 Dec 2018

8 Really Useful Things To Pack For Your Travels

You probably don’t think you’ll need them until you do.

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Anda perasan tak banyak kedai fast food mempunyai logo berwarna ini?

Eat Travel Wed, 9 Jan 2019
Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Wed, 18 Sep 2019

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Cara betul menyimpan sayuran dan buah-buahan.

Eat Travel Fri, 29 Jun 2018
Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020