Categories: Eat Travel

Hotel Ini Tawarkan Servis ‘Relax We Post’. Anda Tak Perlu Update Foto Di Instagram Ketika Holiday!

Biasanya kalau anda pergi holiday kemana sahaja bersama orang tersayang, pastinya akan share foto-foto di laman sosial anda kan? Semuanya anda akan update sendiri sama ada di Facebook, Instagram mahupun Twitter.

Tapi, lain pula kalau anda pergi holiday ke Switzerland, sebuah hotel di negara ini ada menawarkan perkhidmatan untuk mengemaskini lama Instagram anda. Apa agaknya perkhidmatan ini ya?

Dikenali sebagai ‘Relax We Post‘, perkhidmatan yang ditawarkan kepada mereka yang menginap di Hotel Ibis ini hanya perlu memberikan log masuk laman Instagram mereka ketika mendaftar masuk ke mana-mana sahaja cawangan hotel berkenaan.

Foto: Contagious Communications

Perkhidmatan kemaskini termasuklah memuat naik foto-foto percutian anda, update Instastories dan membalas komen yang akan membuatkan anda kelihatan aktif di laman Instagram sepanjang percutian. Bagus juga kan?

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 17 buah hotel Ibis di Zurich dan Geneva dengan kerjasama 10 orang sosial media influencer yang mengendalikan perkhidmatan ini seperti, Anna Maradan, Christina Gheiceau, Pascal Erband dan Elay Leuthold.

Foto: www.relaxwepost.ch

Sebenarnya, tujuan servis ini diperkenalkan adalah satu inisiatif bagi menyeru kepada pengunjung negara itu supaya lebih fokus untuk menikmati percutian tanpa memikirkan media sosial. 

Agaknya, anda berani tak nak bagi password Instagram anda?

Sumber: RelaxWePost & Era.je

tex_admin