Categories: LIFESTYLE

6 Tips Agar Masak Nasi Lemak Tidak Lembik & Mentah

Antara masalah yang selalu terjadi ialah nasi lemak yang dimasak menjadi mentah,lembik atau berketul-ketul. Nak kata tak ikut resepi, tak juga. ada yang dah ikut 100% pun masih tak menjadi.

Mungkin beberapa petua ini dapat membantu.

5 TIPS ELAK NASI LEMAK DARIPADA MENTAH

1. Lebihkan Air

Biasanya kalau nak nasi lemak betul-betul masak, kena lebihkan sedikit air berbanding sukatan memasak nasi biasa.

Ingat formula ini, 1 : 1 : 1/2 = Beras : Air : Santan. Semua guna sukatan sama. Kalau pot, semua pot. Kalau guna cawan, semua cawan. Maksudnya kalau kita masak 2 pot beras, guna 2 pot air dan 1 pot santan. Kalau guna santan serbuk, bancuhkan dalam 1 pot air tu.

 

2. Jangan Lupa Gaul

Lepas dah siapkan semua bahan, bolehlah masak macam biasa. Tak kiralah guna rice cooker atau masak di atas dapur gas, kenalah ‘check’ periuk nasi bila agak-agak baunya dah naik.

Gaulkan supaya rata dan masak sekata. Tapi jangan terlalu kerap digaul sebab dikhuatiri berasnya akan pecah.

3. Rendamkan Beras

Satu lagi tips yang boleh anda cuba adalah merendam beras terlebih dahulu sebelum memasak nasi lemak. Caranya, rendamkan beras yang telah dibasuh ke dalam santan selama sejam atau setengah jam supaya tak jelatah

 

4. Kukus

Kukuskan nasi yang mentah di dalam pengukus selama lebih kurang 10 minit. Nasi lemak akan tetap masak dengan cantik tanpa berkerak. Lembut dan sedap!

5. Letak Cawan Berisi Air

Ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian buat lubang mengikut saiz mangkuk di tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalamnya. Tutup periuk dan masak semula nasi di dalam rice cooker atau atas api yang perlahan sehingga benar-benar masak.

 

6. Masukkan Telur

Sekiranya nasi lemak anda lembik pula, masukkan beberapa biji telur mentah yang dah dibasuh. Kalau periuk kecil, lebih kurang 2-3 biji telur pun dah cukup.

Kemudian, bungkus tudung periuk nasi dengan kain dan tutup semula tudung periuk. Biarkan dalam 15 minit seperti dalam gambar di bawah.

 

Waa,, tak sabar nak masak nasi lemak 

SGMS Enal