Supaya tak terlepas penerbangan, anda disarankan untuk berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya 2 jam sebelum ia berlepas.
Tapi kalau anda dah sampai awal dan tak tahu nak buat apa untuk habiskan masa, Hijab & Heels ada satu cadangan hebat: Makan!
Khususnya di kedua-dua terminal lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur iaitu KLIA dan klia2, ada macam-macam restoran yang pastinya menepati citarasa semua pengunjung. Bukan itu saja! Ia juga turut menjanjikan kualiti makanan dan pengalaman makan yang cemerlang.
Dan untuk meraikan 20 restoran terbaik yang ada di sini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah melancarkan kempen tahunannya, KULinary, dengan anugerah KULinary Top Food Outlet Award 2018.
Untuk tahun ketiganya bagi kempen ini, MAHB telah berkolaborasi dengan FriedChillies, sebuah syarikat media online yang berkongsi resipi dan tempat-tempat makan yang menarik.
Mereka telah membuat review secara anonymous bagi lebih daripada 100 restoran di KLIA dan klia2 dan menilai bukan saja makanan yang dihidangkan tetapi juga pengalaman pelanggan secara keseluruhan, termasuklah dari segi suasana restoran serta servis yang diberikan.
Restoran-restoran yang berjaya terpilih sebagai Top 20 adalah:
KLIA
klia2
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Nazli Aziz berkata, “Kami berasa bangga untuk membawakan edisi terbaru bagi kempen KULinary yang menunjukkan komitmen kami dalam menawarkan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan di lapangan terbang serta menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan semua peminat makanan di luar sana.”
Kempen KULinary ini akan berlangsung hingga 8 Disember 2018. Para pengunjung diajak untuk menyertai Weekend Bites, sebuah sesi merasai food sample yang melibatkan sajian award-winning daripada restoran Top 20 KULinary di KLIA dan klia2 setiap hujung minggu daripada 10.30 pagi hingga 6 petang.
Selain itu, Malaysia Airports juga akan mengadakan sebuah pertandingan melalui Facebook untuk pengunjung menangi hadiah wang tunai sebanyak RM200 seorang.
Apa-apa pun, para pengunjung patut dapatkan Food Passport mereka di terminal untuk menikmati diskaun dan tawaran menarik daripada restoran-restoran Top 20 ini. Rugi kalau tak gunakan!
Daripada 20 buah restoran yang berjaya tersenarai dalam KULinary Top 20 Food Outlet Award, kategori khas Pilihan Pengadil telah diperkenalkan pada tahun ini.
Pemenang-pemenangnya adalah:
Menurut Nazli, kempen KULinary ini adalah selari dengan misi MAHB dalam memperkayakan pengalaman keseluruhan bagi pengunjung di lapangan terbang untuk masa depan.
Ia dilakukan dengan meningkatkan lagi kualiti pengalaman menjamu selera di mana pengunjung dapat menikmati sajian daripada pelbagai budaya dan pengaruh.
Selain itu, MAHB juga mengumumkan yang ia akan menaiktaraf medan seleranya dengan rupa dan konsep yang baru di KLIA dan Langkawi International Airport (LIA). Ia dijangka siap dalam masa 3 tahun.
“Kami ingin mengubah persepsi orang sekarang tentang lapangan terbang,” kata Nazli. “Kami ingin mempromosikannya bukan hanya sebagai hab pengangkutan tetapi juga sebagai sebuah destinasi untuk semua orang nikmati.
“Peningkatan kualiti food & beverage (F&B) di lapangan terbang juga adalah selari dengan trend utama masa kini, iaitu ‘eating is the new shopping’.”
Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysiaairports.com.my and ikuti Malaysia Airports di laman sosial iaitu Twitter @MY_Airports, Facebook @IndulgeMalaysiaAirports & Instagram @indulgemalaysiaairports.
Jangan lupa saksikan!
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!