Categories: Eat Travel

Inginkan Dining Experience Yang Luar Biasa? Jom Singgah Kafe Yang Asalnya Sebuah Bas Ini

Sebelum ini pernah ada container cafe, rooftop cafe dan juga basement cafe. Tapi bus cafe, anda pernah dengar tak?

Dulu-dulu, penduduk kawasan Banting dan Klang bergantung kepada Bas 127 untuk ke mana-mana di sekitar Teluk Datok, Kapar, Jenjarom dan Kampung Seberang.

Baru-baru ini, geng di Nightbus 127 telah transform salah satu daripada bas antik ini dan menjadikannya sebagai sebuah kafe!

Foto: Have Halal Will Travel

Ya, betul! Sebuah bas lama dah diubahsuai isi dalamnya untuk memuatkan meja makan dan bangku. Dan yang paling penting, air-cond pun ada!

Jika anda minat benda-benda vintage dan ingin imbau kembali nostalgia zaman dulu, anda mesti check out Kafe Bas ini.

Gerenti anda akan rasa throwback apabila anda melihat rupa dekor dalamannya yang old school, lebih-lebih lagi dengan adanya lampu disko berwarna-warni.

Foto: my.juksy.com

Jika anda merupakan salah seorang yang gemar berInstagram, tempat ini menawarkan lokasi-lokasi yang cantik untuk anda kongsi kepada pengikut media sosial anda.

Para pengunjung Nightbus 127 boleh pilih sama ada nak makan di dalam atau di luar. Dua-duanya datang dengan view yang menarik. Memang syok kalau anda datang berdating di sini.

Makan!

Kafe ini (yang menggunakan ramuan Halal) menawarkan masakan fusion Western dan Asian, seperti piza, pasta dan makanan gril seperti Chicken Chop. Ada juga minuman kafe menarik yang dihidangkan sekali dengan coffee art!

Foto: Facebook Charles Loh

Jika anda datang dengan perut kosong, cuba menu pasta cendawannya. Nampak saja simple, tapi rasanya… fuuuh. Manis dan pedas, ia dimasak dengan perfect dan cendawannya menyedapkan lagi hidangan ini.

Foto: Instagram @henryderlife

Jangan ingat menu di kafe ini biasa-biasa saja! Kalau nak cuba hidangan yang jarang kita jumpa, silalah order Sous Vide Duck Breast. Memang unik dan berinspirasikan masakan popular dari Perancis.

Daging itik disapu dengan cranberry jam dan ia dilengkapi dengan kentang putar dan salad segar. 

Foto: Instagram @eric_chinghan

Sedap, kan? Walaupun kafe ini bertema antik, menu makanannya boleh tahan meriah!

Nightbus 127 ini sedikit jauh daripada kotaraya Kuala Lumpur, tapi kalau nak nikmati pengalaman menarik macam ini, apa salahnya drive?

Alamat: Lot 389, Jalan Klang Banting, Batu 13 Jenjarom, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: 5pm – 12am (Ahad hingga Khamis), 5pm -1am (Jumaat dan Sabtu). Tutup pada Selasa

Sumber: World Of Buzz, Have Halal Will Travel

Ad Ops