Categories: Eat Travel

Jangan pandang sayuran ini sebelah mata, timun ada banyak khasiat tau. Jom baca!

Timun selalu dibuat ulam ataupun jelatah, selain dikategorikan sebagai sayur yang mudah didapati di kedai runcit mahupun pasar basah dan pasar raya. Tetapi sayur yang selalu dimakan oleh masyarakat Malaysia ini jarang sekali digembar-gemburkan kebaikannya, sedangkan banyak khasiatnya!

Keistimewaan sayur ini dan sejarahnya juga pernah dikarang oleh Pliny the Elder yang menulis buku The Natural History, Book XIX (bab 23) mengenai masyarakat kuno Greek yang dikatakan menanam pelbagai jenis timun ketika itu.

Timun dipercayai berasal dari Nepal dan mula tumbuh di negara itu sejak 3,000 tahun lalu, namun timun dari Nepal itu dibawa masuk sejak zaman Greek dan Roman lagi dan benihnya mula dibawa ke merata dunia termasuk China.

Di Perancis, timun mula ditanam sejak abad ke-9, manakala England abad ke-14 dan Amerika Utara pada pertengahan abad ke-16

Di Greece, timun biasanya ditanam pada musim sejuk dan panas. Cara menanamnya adalah dengan menyemai benihnya di atas kotak besar yang beroda; jika terlalu banyak cahaya matahari ia ditolak masuk dan diletakkan di tempat yang lebih teduh.

Pada musim sejuk, pokok ini boleh diletakkan di tempat yang berdinding. Dinding itu diperbuat daripada kain yang dicelup dengan minyak. Kaedah itu samalah seperti rumah kaca yang ada hari  ini.

Ingin tahu kebaikan jika anda suka makan timun,  ini adalah 10 khasiat timun yang jarang diketahui! 

Foto: Kirbie’s Cravings

Antara khasiat timun adalah:

1. Menghidratkan tubuh

Timun kaya dengan kandungan air dan di dalam sebiji timun terdapat 90 peratus  mineral semula jadi, sekali gus dapat mengimbangi kandungan air yang kurang daripada tubuh anda.

2. Mengawal suhu panas

Pengambilan timun dapat melegakan pedih ulu hati dan melegakan deman panas. Timun yang dikisar boleh dilumurkan pada tubuh yang terkena pancaran matahari berlebihan.

3. Membuang toksin

Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekali gus dapat melarutkan batu karang.

4. Sumber vitamin

Timun mengandungi vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Di samping itu, jus minuman yang lebih ‘berkuasa’ boleh dihasilkan dengan mencampurkan timun, lobak merah dan bayam. Ia juga elok untuk kulit kerana mengandungi 12 peratus vitamin C untuk keperluan kulit dalam sehari.

5. Meningkatkan sistem penghadaman dan menurunkan berat badan

Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berat badan. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan satu senaman yang baik untuk rahang anda, malah timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

6. Mengawal diabetes, kolestrol dan tekanan darah

Jus timun mengandungi sejenis hormon yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang baik untuk pesakit diabetes. Penyelidik menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’ dalam timun yang dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potasium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

7. Penyegar mulut

Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

8. Meredakan sendi, artritis dan gout

Memandangkan timun merupakan sumber silika yang hebat, ia dapat merangsang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan artritis dan gout dengan merendahkan paras asid urik.

9. Melegakan migrain dan rasa mabuk

Untuk mengelakkan pening kepala, migrain atau ingin menghilangkan rasa mabuk anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

10. Baik untuk buah pinggang

Timun mampu merendahkan paras asid urik dalam tubuh anda sekali gus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Foto: Cooking Light

 

Yanie Baharom