Categories: Eat Travel

Jom Cuba Masak Nasi Hujan Panas Sempena Cuaca Malaysia Yang Tak Menentu Sekarang

Hmm… cuaca sekarang ini tak menentu. Kejap hujan, kejap panas.

Sebab itulah penulis tiba-tiba terfikir tentang satu masakan yang “kena” dengan tema cuaca ini: nasi hujan panas!

Bagi anda yang tak kenal, ia merupakan hidangan nasi yang berwarna-warni. Rasanya lebih kurang macam nasi beriani kerana anda rempah-rempah dalam ramuannya.

Kalau perkena dengan ayam masak merah atau rendang daging… fuuuh, memang terangkat habis.

Jom cuba buat! 

Foto: ciklaili

Bahan-bahan:

Kumpulan A
  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 1 biji kiub pati ayam
  • 3 biji tomato, dicincang
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar marjerin
  • garam secukup rasa
  • pewarna hijau, merah, dan kuning
Kumpulan B (tumisan)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan

Cara penyediaan

1. Cuci beras basmati dan biarkan rendam selama 30 minit. Kemudian tuskan.

2. Di dalam periuk atau kuali, panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumis bahan-bahan Kumpulan B hingga wangi.

3. Masukkan air dan garam dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan susu cair, kiub pati ayam, tomato dan beras. Kacau dan masak nasi macam biasa.

4. Bila nasi hampir kering, titiskan setiap pewarna makanan di tempat-tempat yang berlainan di atas nasi.

5. Biarkan nasi masak sepenuhnya hingga kering. Kemudian gemburkan supaya pewarna makanan tadi terkena kepada semua nasi.

6. Untuk hidangan anda, hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.

Sumber: MyResipi

Ad Ops