Neelofa Menginap Villa Bawah Laut Semalam RM200k di Maldives

Hangat di bibir semua apabila Neelofa berkongsi tempat penginapannya di Maldives melalui IG storiesnya. Menjadi tumpuan kali ini apabila Villa yang didiaminya mencecah lebih kurang RM 200k semalam. 

Tempat penginapan ini adalah The Muraka. Yang menariknya “undersea experience” adalah villa yang pertama di dunia yang diperkenalkan. Tidur ditemani dengan hidupan laut dari bilik tidur sama juga dengan tandas. 

Menerusi laman Conrad Maldives, The Muraka merupakan villa bawah laut yang pertama dengan kelas tersendiri di dunia. Dengan reka bentuk dan teknologi moden, The Muraka menyediakan bilik tidur, ruang tamu dan bilik mandi. Harga bilik ini dianggarkan sekitar RM200k!

Check it out video ni

Sumber : Neelofa

SGMS Enal