Harap Dapat Anak Perempuan…Jom Aminkan Doa Nourul Depp!

Alhamdulillah… pada usia 41 tahun, rezeki untuk hamil sekali lagi berpihak kepada penyanyi Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab.

Menurut penyanyi tersebut, suaminya, Eric Daniel Depp, sebelum ini memang kerap meluahkan keinginan untuk menimang seorang lagi cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.

“ Alhamdulillah, kandungan saya dah nak masuk tiga bulan. Saya memang berharap cahaya mata keempat saya ini perempuan.

“ Saya juga merancang untuk menamakannya, Isabella jika bayi itu perempuan. Insya Allah.

“ Kalau rezeki anak lelaki, saya belum fikirkan namanya lagi. Saya memang berharap dikurniakan anak perempuan,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Terdahulu, Nourul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah yang lahir pada 1998.

SGMS Faida