Eat Travel By: Shaidah Shafie July 18, 2019 @ 10:55am

Makan di Acah-Acah, rasa macam makan di rumah sendiri

Restoran yang menyajikan pelbagai menu kampung dan makanan enak memang banyak di sekitar Lembang Klang, tetapi restoran yang makanannya bukan sahaja enak, malah berasa seperti berada di rumah sendiri ketika menjamah hidangan mungkin sukar untuk ditemui.

Bagaimanapun, Restoran Acah-Acah di  Empire Damansara, Petaling Jaya memiliki ciri-ciri yang dimaksudkan itu. Sebaik melangkah masuk sahaja ke ruang restoran yang sederhana besar itu mata pasti menyapa sarang burung yang tergantung santai di ruang udara restoran.

Sangkar burung menjadi perhiasan di restoran ini.

Ada juga sebuah troli lama, anak patung beruang yang lusuh tetapi comel serta buku-buku yang disusun secara ‘sesuka hati’ sekali gus menampakkan elemen rehat dan santai pada satu ruang tamu.

Antara sudut menarik di Restoran Acah-Acah.

Begitu pun, restoran ini menyimpan cerita yang sangat istimewa kerana ia hanya dikendalikan oleh empat kakitangan yang ‘berkomplot’ untuk menjayakan ruang makan ini seselesa mungkin mengikut cita rasa dan sentuhan mereka.

Bagi anda yang menggemari suasana santai dan berasa seperti berada di ruang tamu kediaman sendiri, resoran ini adalah lokasi tepat untuk anda  menikmati menu yang diibaratkan ’emak kita yang masak’ kerana keenakan ada dalam setiap menu yang ditawarkan kepada pengunjung.

Menu mesra selera

Antara pemilik Restoran Acah-Acah, Dena Rahman, berkata selain menyusun atur mengikut sentuhan mereka sendiri, setiap menu yang ditawarkan juga sangat istimewa kerana dimasak berdasarkan standard emaknya yang pakar  dalam menyediakan masakan Melayu.

“Ketika kami masih dalam peringkat persediaan sebelum ini, emak datang setiap minggu untuk memantau mutu masakan saya dan kami juga akan ke pasar setiap hari bagi mendapatkan siakap, cencaru serta bahan basah lain yang segar.

“Semua yang kami tawarkan di sini adalah berdasarkan apa yang emak saya masak di rumah. Antara menu yang sentiasa diminta pelanggan ialah daging salai masak lemak cili api, siakap asam pedas dan cencaru sumbat,” katanya yang pernah menimba pengalaman sebagai tukang masak ketika bekerja di sebuah kafe di tengah London tidak lama dahulu.

Set Siakap Asam Pedas yang ditawarkan Acah-Acah.

Menyentuh mengenai senarai menu, kebanyakan lauk yang ditawarkan terasa dekat di hati kerana ia adalah lauk-pauk yang sentiasa menjadi pilihan suri rumah untuk dimasak di dapur bagi hidangan keluarga sama ada pada hari biasa atau hujung minggu.

Lebih istimewa, Acah-Acah tidak akan menghidangkan lauk ‘semalam’ atau lauk yang dimasak dalam jumlah yang banyak dan dibekukan untuk dihidang kepada pelanggan kerana mereka berpegang pada prinsip ‘masak dan makan terus.’

“Sebab itulah saya dan rakan-rakan akan ke pasar setiap awal pagi bagi mencari bahan untuk menu yang akan kami masak pada hari itu dan kami hanya menyediakan lauk dalam jumlah yang sedikit sahaja kerana sudah menetapkan tidak akan menyimpan lauk di dalam peti dingin beku.

“Selain tiga menu tetap, dari semasa ke semasa kami akan menyelitkan menu baharu sama ada seminggu sekali atau lebih, bergantung pada keadaan,” katanya sambil tangan lincah menyiapkan meja.

Apa yang menarik, set makan tengah hari di Restoran Acah-Acah ini ditawarkan pada harga RM15 sahaja dan anda akan menikmati nasi, lauk, sayur atau ulam disertakan dengan sambal cili yang sememangnya sedap. Penulis mengakui teringin meminta resipi sambal sedap itu, tapi malulah!

Kopi Tuku, kopi tiga lapisan yang unik rasanya.

Selain menu lauk pauk masakan kampung yang enak, kopi Tuku ialah minuman yang wajib dicuba sekiranya anda singgah di ruang Acah-Acah ini. Kopi tiga lapisan menggunakan biji kopi segar dari Indonesia itu sangat lazat kerana ia adalah kombinasi rasa kopi, susu segar dan gula Melaka yang dicampur bersekali menyebabkan rasa lemak manis yang sangat sedap kala diminum.

Penubuhan Acah-Acah

Idea asal penubuhan restoran ini juga bertitik tolak daripada persahabatan yang terjalin antara mereka berempat, iaitu Indra Zaaba, Trish Prissy, Zhahran Zaaba dan Dena sendiri.

“Setelah semuanya mengambil keputusan balik ke tanah air, kami sepakat meneruskan minat dalam bidang penyediaan makanan dan tertubuhlah Acah-Acah yang kononnya kami semua acah-acah pandai masak, walhal kami bukan pakar pun tapi sentiasa bersedia memperbaiki mutu masakan,” katanya.

Restoran yang baru sahaja beroperasi pada awal tahun ini turut menyediakan perkhidmatan katering dan penghantaran makanan dalam jumlah tertentu di sekitar Lembah Klang. Restoran itu juga menyediakan menu petang seperti ‘jemput-jemput pisang’ dan cucur udang yang sangat sedap.

Jangan lupa singgah di Acah-Acah jika anda mencari menu masakan kampung yang enak dan sedap ya! Anda juga boleh melihat menu yang ditawarkan menerusi Instagram @acahacah_acahacah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 31 Dec 2018
Eat Travel Tue, 25 Dec 2018

Resipi Popiah Lapis Paling Rangup & Sedap

Boleh dimakan bersama sos cili dan air teh O panas! 

Eat Travel Tue, 4 Sep 2018

9 Produk Dari Farmasi Jepun Yang Anda Tak Sangka Anda Perlukan & Nak Beli

Bila anda ke Jepun nanti, jangan lupa beli, okay?

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Sun, 15 Jul 2018

Wow! Kreatifnya Design Kek Menggunakan Cupcake Ini

Memang kreatif guna kek cawan sahaja!

Eat Travel Mon, 2 Jul 2018

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Sesuai untuk orang-orang yang malas buat kek tapi teringin.

Eat Travel Tue, 11 Dec 2018
Eat Travel Wed, 15 May 2019
Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Aunty Aini’s Garden Cafe ini pernah dikunjungi Cef terkenal Gordon Ramsay dan mendiang Anthony Bourdain. Hebat!