Categories: Eat Travel

Resipi Mudah Ayam Percik Lazat. Memang Merecik!

Bulan Ramadan lalu memang senang nak dapatkan menu ayam percik di Bazar Ramadan. Tapi, sekarang macam susah pula nak cari ayam percik ini.

Jangan risau, kalau siapa yang kempunan nak makan ayam percik ini, boleh buat sahaja di rumah. Mudah sangat.

Bahan-Bahan (Perapan Ayam):

  • 6 ketul ayam

Bahan yang harus ditumbuk untuk perapan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan – Bahan (kuah percik) :

Dikisar halus

  • Minyak masak
  • 1 tin krimer sejat cair
  • Garam secukupnya
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Sedikit air untuk mengisar

Cara Menyediakan :

  • Perapan Ayam – Lumur ayam bersama bahan yang dikisar. Perap ayam selama 1 jam atau biarkan semalaman untuk hasil yang lebih enak
  • Kuah percik – Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan kisar sehingga menjadi agak pekat. Angkat dan ketepikan.
  • Apabila sudah sejuk, lumurkan pada ayam yang telah diperap.
  • Panggang ayam – ayam dibalut dengan aluminium foil dan dibakar dalam ketuhar selama 25-30 minit dengan suhu 165-170 darjah celcius. Kemudian keluarkan dari aluminium foil dan bakar semula dengan suhu 180-200 darjah Celcius selama 10 minit.
  • Sedia untuk dimakan

Sumber: iCookAsia

Ad Ops