Categories: Eat TravelSemarak

Tak Tahu Nak Sediakan Dessert Apa Untuk Berbuka? Cuba Resipi Pengat Pisang Ini

Siapa sini peminat pengat pisang? Kita geng!

Kombinasi rasa manis yang datang dari pisang dan rasa lemak masin dari kuahnya memang ngam. Semangkuk kecil memang tak cukuplah!

Nak masak pengat pisang pun tersangatlah senang. Campak saja bahan-bahannya ke dalam periuk dan letak di atas api sampai masak.

Pisang yang boleh digunakan ialah seperti pisang abu, pisang nangka, pisang berangan dan pisang tanduk.

Jom cuba sendiri!

Anda akan perlukan:

  • 5 biji pisang
  • 2 mangkuk santan pekat *
  • 2 mangkuk santan cair *
  • ½ cawan sagu, dibersihkan
  • 2 atau 3 keping gula Melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpulkan
  • garam

* Kedua-dua jenis santan ini boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air

Cara-caranya:

  1. Buang kulit pisang dan hiris setebal lebih kurang 1cm.
  2. Masukkan pisang, santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa ke dalam periuk. Letakkan di atas api perlahan. Kacau selalu perlahan-lahan supaya santan tak berketul-ketul.
  3. Tambahkan santan pekat dan kacau. Sebaik saja kuah ini mula mendidih, tutup api. Check jika ia cukup masin atau tidak dan adjust jika perlu. Dah siap!

Senang, kan? Selamat mencuba!

Sumber: iResipi.com

Ad Ops