Eat Travel By: Ad Ops August 10, 2018 @ 5:06pm

Teringin Nak Masak Omelette Meleleh Seperti Hidangan ‘Omurice’ Di Jepun? Ini Tekniknya!

Kalau anda meminati makanan Jepun, anda mesti pernah dengar nama masakan Omurice.

Secara ringkasnya, ia merupakan hidangan nasi goreng dengan telur dadar (omelette). Omuretto + Rice = Omurice. Alah, macam nasi pattaya tapi kadangkala telur itu diletakkan di atas nasi.

Yang istimewanya, di sesetengah restoran, omelette ini dihidang bukan macam telur dadar biasa di mana isi telurnya dibiarkan cukup masak sampai keras.

Sebaliknya, kulitnya saja keras sedikit tapi isi dalamnya dibiarkan separuh masak. Jadi bila anda potong, isinya terburai macam lava gunung berapi.

Whoah! Lepas itu, sos demi-glaze yang pahit dan manis dituangkan ke atasnya. Nikmatnya bila makan!

Di serata Internet kini, restoran yang paling terkenal dengan hidangan omuricenya adalah Restoran Kichi Kichi di Kyoto, Jepun. Kalau anda search di Youtube atau Google, anda akan nampak muka chef ini.

Foto: destinationstamped.com

Foto: www.missuschewy.com

Namanya Yukimura Motokichi, yang bekerja di Kichi Kichi. Mungkin chef inilah yang telah mempopularkan hidangan ini sampai video-videonya memasak omurice telah viral di laman media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Nak pergi ke Kyoto, jauh sangatlah pula. Ada saja restoran-restoran di Malaysia yang menjual omurice, tapi kalau malas nak keluar, jom try buat sendiri omelette gebu dan meleleh ini!

Di bawah ini adalah sebuah video tutorial ringkas yang anda boleh check out.

Guna 3 biji telur. Part yang susah adalah untuk membentuk dan flip pan anda lembut-lembut supaya isinya tak terhancur.

Tapi kalau anda ingin pelajari teknik-teknik yang diamalkan oleh Chef Motokichi sendiri, rujuk kepada video di bawah ini.

Rangkaian program masakan Amerika, Tasty, telah terbang ke Kyoto, Jepun untuk belajar sendiri dengan chef Yukimura cara-cara yang betul untuk membuat omelette terkenal ini. Kelakar juga!

Sama macam apa-apa teknik pun, anda tak mungkin boleh mahir dalam sehari. Kenalah practise sampai dah biasa. Selamat mencuba, ya!

Sumber: TastyLỳ Lợm Lan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 21 Sep 2018

Kini Dah Ada KitKat Berperisa Teh Tarik! Anda Dah Cuba?

KitKat selalu tampil dengan perisa unik dan pelik-pelik, kan?

Eat Travel Mon, 3 Sep 2018

Gebu & Murah, Donat Warna-Warni Ini Memang Wajib Anda Cuba

Istimewanya donat yang dijual adalah 100% homemade!

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

Terus Lapar Kan Tengok Mee Udang Banjir Ini? Rasa Nak Ke Kuala Selangor Sekarang!

Bayangkan mangkuk mee anda dibanjiri udang galah dan udang harimau, wow sedapnya!

Eat Travel Sat, 13 Oct 2018
Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

9 Classic & New Egg Recipes That You Should Know

If you have, then you’re egg-celent.

Eat Travel Sat, 13 Jul 2019

Paragliding penawar untuk mereka yang takut pada ketinggian

Sukan ekstrem ini semakin popular di Malaysia

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

30 Foto Keajaiban Semulajadi Di Dunia Yang Menakjubkan, No. 8 Paling Wow!

Memang syok kalau dapat pergi cuci mata in person.

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018
Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Fri, 11 Jan 2019

Want your kids to excel in school? Take them on vacation, new survey suggests

It has a positive impact on personal development.