Categories: Eat Travel

Teringin Nak Masak Pasta? Resipi Fettuccine Alfredo Ini Gunakan 4 Bahan Saja!

Bila sebut pasal Italian food, anda mesti teringat pizza dan pasta. Kedua-duanya mengandungi sesetengah ramuan yang sama.

Selain tomato sebagai base, ia juga terkenal dengan penambahan keju di dalam masakannya. Anda pernah makan di kedai pizza, kan? Lagi syok nak makan kalau keju dalam pizza anda tebal sampai bertali-tali.

Tapi kali ini penulis nak cakap pasal pasta. Salah satu menu yang popular dalam masakan Itali adalah Fettuccine Alfredo, di mana pasta jenis Fettuccine digaul dan disalut dengan sos keju.

Foto: www.aspiringsmalltowngirl.com

Tengoklah betapa banyaknya cheese yang ada! Fuuuh! Terliur, tak? Peminat keju mesti kena cuba makan, at least sekali.

Eh, tapi jangan tersilap dengan pasta jenis Carbonara pula, okay? Alfredo adalah basic dan selalunya melibatkan pasta, keju Parmesan dan daun parsli.

Carbonara pula lebih complicated: ia mengandungi pasta, daging protein, bawang merah, bawang putih, telur kuning, krim, keju Parmesan dan daun parsli.

Jadi bagi anda yang baru nak mula menjinak-jinakkan diri untuk masak pasta, bolehlah try masak Alfredo. Bila dah mahir nanti, boleh try Carbonara pula.

Di sini ada resipi Fettuccine Alfredo yang teramat mudah. Pakai 4 bahan saja! Dan kalau nak bantuan visual, anda boleh check out video ini:

Bahan-bahan:

  • 340 gram pasta Fettuccine atau mana-mana pasta yang panjang
  • Garam
  • ¼ cawan mentega (unsalted)
  • ¾ cawan keju Parmesan yang diparut halus (sediakan extra untuk hidangan)
  • Serbuk lada hitam kasar

Cara penyediaan:

  1. Rebus pasta di dalam air mendidih bergaram. Kacau sesekali hingga ia menjadi al dente (tak keras sangat, tak lembik sangat). Bila anda gigit, ia sedikit kenyal.
  2. Tuskan pasta tersebut, tapi simpankan air rebusan itu sebanyak 2 cawan.
  3. Di dalam pan besar dengan api biasa, tuangkan 1 cawan air rebusan. Biarkan ia mereneh, kemudian masukkan butter, sekeping demi sekeping dan kacau dengan whisk hingga ia cair.
  4. Teruskan kacau dan masukkan keju Parmesan sedikit demi sedikit. Pastikan ia dah betul-betul cair dan sebati sebelum menambahkan lagi keju ke dalam pan itu.
  5. Masukkan pasta dan air rebusan lagi sedikit dan gaul hingga sos keju betul-betul menyaluti pasta.
  6. Untuk hidang, taburkan sedikit lada hitam dan lagi banyak cheese parut ke atas pasta anda.

Mudah sangat, kan? Jom cuba!

Nota: Sos alfredo yang sebenar tak sepatutnya mengandungi krim! Teksturnya yang lembut itu adalah hasil daripada gabungan antara cheese parut, mentega yang dicairkan dan air rebusan pasta yang berkanji.

Sumber: Bon Appetit

Ad Ops