Hiburan By: Del14 November 18, 2019 @ 12:41pm

Mentor Black Hanifah Mengaku Kecewa Apabila…

Bingung dengan keputusan malam tadi, Black walau bagaimanapun menerima keputusan pengundi dan juri tetap dengan hati terbuka.

Namun demikian, Black tidak dapat membendung rasa kecewanya apabila kedua-dua protegenya berada di dalam ‘bottom two‘ dalam program Mentor Milenia 2019 malam semalam. 

Merasakan kedua-dua protegenya Bulan dan Aedy Kama telah melakukan yang terbaik di dalam persembahan mereka malam tadi, Black meluahkan rasa terkilan kerana persembahan mereka gagal mendapat perhatian juri dan penonton di rumah apabila mereka tidak berada di kedudukan yang selamat dalam minggu ke-6 Mentor Milenia 2019.

“Saya dah tiga tahun berada dalam Mentor. Mentor Milenia adalah program realiti hiburan yang inginkan benda yang baharu. Itu yang saya cuba ketengahkan dengan susunan muzik yang lain daripada yang lain, sesuatu yang ‘fresh‘ (segar). 

“Bulan dan Aedy Kama dah lakukan yang terbaik sekali. Saya tak pasti apa yang juri dan penonton cari atau pandang dari segi apa sehingga mereka berada di tangga tercorot dua di bawah,” luah Black apabila ditemui semalam selepas protegenya Bulan tersingkir.

Bukan seorang yang tidak berani mengambil risiko, Black berkata dia telah menyerahkan segala jiwa dan raganya untuk membawa kelainan di dalam pertandingan ini dengan mengubah semula rentak lagu ‘Iman Adalah Mutiara’ sebuah lagu nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan dengan memasukkan elemen ‘beatbox‘ di dalam versi yang dinyanyikan Bulan.

Tambah Black, dia menyifatkan penyingkiran protegenya, Bulan sebagai kehilangan besar di pentas Mentor Milenia. 

“Bulan mempunyai bakat yang besar dan suara yang unik. Kalau kita pejam mata dan dengar dia menyanyi, kita akan tau itu adalah Bulan.

“Saya terkejut apabila kedua-dua protege saya terpaksa bersaing di dalam ‘bottom two’. Kalau nak benci saya, bencilah..tapi jangan benci protege-protege saya.

“Biarlah pilih yang berkualiti, dan bukan kuantiti kerana saya tau undian penonton juga memainkan peranan yang besar dalam pemilihan pemenang dan siapa yang akan tersingkir,” kata Black lagi. 

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Sofea Jane ini berharap karier Bulan di dalam bidang muzik akan berkembang selepas dia keluar dari Mentor Milenia dan akan menjadi batu loncatan untuknya berjaya sebagai seorang penyanyi yang disegani. 

Kredit Foto: Zek & Instagram @black.hanifah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Dedah Aib Lama, Nabil Mahir Bengang Dengan Bekas Kekasih?

Sebelum ini, Sarah membuat pengakuan terbuka mendedahkan punca sebenar perpisahannya dengan Nabil.

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

Saya bukan nak burukkan, tapi takkan semua benda saya kena, saya kena diam. Saya perlu juga lantang bersuara – Puteri Balqis

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Tue, 2 Apr 2024

“Memang Tak Ada Rupa Manusia Kalau Dapat Ni”- Neelofa Panas Hati, Titip Komen Isu Pengasuh Biadab Dera Kanak-Kanak

Mau tak geram! Kalau tengok budak tu kena pukul hati ni pun auto panassss je tengok maid dia🔥🔥🔥

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Sambut Hari Jadi Ke 40 Tahun, Ini Doa Siti Nurhaliza…

Saya sangat bersyukur kerana pada usia ini, saya masih bertahan dalam industri muzik yang diceburi sejak usia 16 tahun…

Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Haqiem Rusli Cipta Lagu Untuk Usop, Korang Dah Dengar Ke Belum?

Aku Yang Bersalah diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan muzik videonya sudah berada di saluran Youtube Rocketfuel Network bermula 26 Oktober lalu.