TECH By: SGMS Putri July 6, 2018 @ 3:58pm

Surface Dari Microsoft Menggunakan Cip Intel Pentium Yang Lebih Murah

Keberangkalian untuk komputer tablet Surface dari Microsoft untuk membuat kemunculan pada tahun ini meningkat disebabkan maklumat dari FCC. Microsoft dikhabarkan mahu mengeluarkan rangkaian Surface yang baharu dengan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing mereka, iPad.

Surface baharu ini dikatakan dijual dengan harga bermula dari RM 1,600. Microsoft mengambil keputusan untuk menggunakan cip pemprosesan Intel yang lebih murah dari siri Pentium. Dengan pengurangan kos, Microsoft akhirnya dapat meletakkan siri Surface mereka sebaris dengan iPad dari Apple Inc. dari segi harga.

Intel®Pentium mempunyai dua kelas; Gold dan Silver. Untuk Surface yang lebih murah, cip Pentium Silver N5000 akan digunakan manakala untuk Surface Pro pula, Pentium Gold Y-series akan dipilih untuk memacu tablet tersebut.

Cip yang terbaru ini akan memberikan lebih kuasa kepada siri Surface baharu dan mampu melakukan tugasan-tugasan ringan tanpa ada sebarang masalah. Rangkaian Surface sebelum ini mendapat pujian kerana reka bentuk yang nipis dan kebolehan untuk digunakan bersama papan kekunci menjadikannya 2 dalam 1.

Dengan pengenalan cip yang lebih murah, Microsoft mengharapkan lonjakan yang diperlukan untuk menandingi pesaing-pesaing mereka di luar sana.

Sumber: WinfutureDigital Trends

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Mon, 25 Dec 2017

Spesifikasi Snapdragon 670, 640, Dan 460 Tertiris

Pada acara teknologi awal Disember yang lepas, Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan flagship mereka iaitu Snapdragon 845 dan berdasarkan laporan terbaru, ia akan disusuli dengan tiga lagi versi untuk telefon pintar kelas pertengahan dan kelas mampu milik. […]

TECH Mon, 22 Oct 2018

Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

Cara untuk anda “Reset” kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang “melekat” ketika melayari internet sebelumnya.

TECH Tue, 14 Aug 2018

充电速度变慢?手机放口袋方式大不同

现代人大多都会随身携带手机,但你知道手机放在口袋里的方式,会影响它的寿命吗?

TECH Thu, 12 Jul 2018

Uber Dan Grab Diminta Batalkan Gabungan

Bulan April yang lalu, kita telah disajikan dengan berita tentang pengambil alihan Grab keatas Uber untuk perkhidmatan mereka di Asia Tenggara. Penjualan tersebut menyaksikan keseluruhan operasi di rantau ini dipegang oleh Grab, dan sebagai balasan, […]

TECH Wed, 9 Oct 2019

IG取消「Following」追踪功能!再也法看到他人活动纪录

Instagram 最新抛出震撼弹,取消「追踪中」的所有活动纪录!

TECH Sun, 24 Nov 2019

Cara Untuk Menukar Teks Kepada Audio

Pasti para pelajar sekarang terlibat dengan pelbagai projek yang memerlukan audio dalam bahasa inggeris, bahasa perancis dan sebagainya. Atau anda mempunyai bahan bacaan digital tetapi mungkin mahukannya dalam bentuk audio? Bagi menyelesaikan masalah tersebut, berikut […]

TECH Wed, 3 Jan 2018

若你的iPhone「弹出以下提示」代表需更换电池了!

由于苹果在没有提前告诉用户的情况下,限制了旧iPhone的性能,导致很多消费者不满,并被为此收到了多名用户的投诉。苹果给出的解决方案是降低旧款iPhone更换电池的费用。那么如何才能分辨自己的电池是否老化而需要更换呢?

TECH Thu, 23 Jan 2020

Cara Mencipta & Menghantar Gmail Secara Berkumpulan

Senangnya hantar email sebegini!

TECH Tue, 17 Jul 2018

Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga RM349 Dan RM499

Peranti bajet Xiaomi Redmi 6 dan Redmi 6A, kini sudah diumumkan bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Hal ini sudah dijangka lebih awal kerana Mi Malaysia sudah beberapa kali memberi bayangan kehadiran dua model kelas permulaan itu. […]