Hiburan By: Ms OO July 9, 2018 @ 5:05am

Hos Kacak Diserang Individu Misteri?

Baru-baru ini, kecoh di Instagram apabila hos lelaki memuat naik status kononnya dirinya diserang individu tak dikenali.

Menerusi posting berkenaan, penulisannya menggambarkan dirinya sedang bersedih apabila dilabel sebagai hos ‘sendu’. Aik, kenapa tu?

Pagi ini, xtra.com menerima panggilan dari wanita yang tidak mahu dikenali. Menerusi perbualan tersebut, wanita itu menjelaskan bahawa hos berkenaan berhutang dengan pihaknya. Bukan serang suka-suka ya!

“Hello, bukan sikit jumlahnya banyak. Saya tak mahu berbalas ayat di laman sosial. Apa yang saya tegaskan di sini, kalau dah berhutang tu, bayarlah!”

“Panggilan tak dijawab, whatsapp tak dibalas kenapa ya? Bukan soal sendu ke apa, masalahnya awak tu sekarang berhutang,” katanya.

Tambah pemanggil itu, dia meminta agar pihak di sebelah sana untuk tidak terus berlakon sebagai mangsa keadaan.

“Ceritakan benda sebenar! Apa yang anda tulis di instagram itu, hanya setengah daripda cerita sebenar. Ramai artis yang menulis di ruang komen memberi kata semangat. Mereka tidak tahu perkara sebenar. Tak perlulah saya nak menulis di situ, aib anda saya perlu ambil kira”

” Bayar saja hutang, tak perlu minta simpati orang ramai dengan hangatkan isu ini dekat sosial media.” Tambahnya lagi

Hurm, semoga ada penyelesaian terbaik antara kedua belah pihak. Jangan gaduh-gaduh tau, kitakan masih di bulan Syawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 May 2022
Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempoi Layan Pengamal Media, Anwar Ibrahim Ajak Pergi Kelantan Lawat Mangsa Banjir

@jason.yew Siapa nak ikut? PM bergerak ke Kelantan selepas sidang media #kerajaanperpaduan #DemiPertiwi #DSAIPM10 #anwaribrahim #banjir2022 #foryou ♬ original sound – JASON Update Tular sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempoi […]

Drama Thu, 19 Jan 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Bawah Blok’

Kisah lima sekawan yang ada ‘port’ tersendiri.

LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

Go On an Off-the-Grid Adventure on This Luxurious Yacht

Travel with style and without the crowd.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

《SINCE 5566》马来西亚演唱会延期至2020年

原定于2019年12月28日举行的《 Since 5566 2019 马来西亚演唱会》由于后勤技术不可预见的因素,将延期至2020年6月13日。

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

‘Kalau Ada Peluang, Saya Nak’ – Imuda Rindu Nak Masuk Set Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Bila Budin dah bersuara…semoga ada pihak yang sudi menerbitkan seterusnya mengembalikan kegemilangan sitkom popular ini!

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Doakan AR Badul…

Semoga cepat sembuh idola ramai…