Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 5, 2018 @ 2:00pm

Escape Dari Kesibukan Kota Dan Temukan Kedamaiannya Juga Di Dalam Kota

Warga kota metropolitan sentiasa berhadapan dengan situasi kerja yang hectic selain trafik yang kritikal sehingga ada waktunya membuatkan anda berasa tertekan.

Mungkin kerana bebanan kerja, atau masalah lain, anda sering mendambakan percutian mendamaikan bagi merehatkan minda untuk sejenak.

Namun, usah khuatir, kerana di Kuala Lumpur juga terdapat beberapa penginapan menarik yang boleh dijadikan inspirasi untuk eskapisme hujung minggu anda.

1. Taman Sari

Foto: tamansarimalaysia

Tempat menarik ini terletak di jalan Hulu Langat Jaya dengan jarak perjalanan sekitar 45 minit dari ibu kota. Berkonsepkan suasana kampung, Taman Sari pasti membuatkan anda berasa damai ketika bangun di awal pagi.

Terdapat dua pilihan iaitu, The Bothy (RM350 semalam) dan The Cottage (RM400 semalam) yang seakan inap desa.

Di samping itu, mata anda akan disajikan dengan panorama taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan persis taman larangan Istana Melaka.

2. Sekeping Tenggiri

Foto: sekeping.com

Hotel ini sebenarnya terletak di Bangsar. Pasti ramai yang tidak menyangka, di tengah kawasan sub-urban itu berdirinya sebuah permata moden yang sempurna untuk dijadikan eskapisme pantas bersama pasangan. Harga minimun adalah sekitar RM220 semalam.

3. Hotel Stripes

The City List KL

Sesuai untuk pasangan yang gemarkan suasana kota. Sentuhan moden hotel ini pasti membuatkan anda seperti kembali ketika awal perkahwinan.

Bangkitkan semarak asmara bersama pasangan dengan bermalam di sini. Harga bermula daripada RM285 semalam.

4 . Villa Samadhi

Foto: The Wedding Notebook

Vila berkonsep tropika ini hanya memakan masa selama 10 minit dengan berjalan kaki ke pusat bandar.

Vila ini ditunjangi dengan elemen kemelayuan dengan rimbunan atap rumbia, malah konsep hiasan dalaman juga diterapkan dengan unsur-unsur Asia dari segenap negara.

Tidak perlu untuk ke Bali mahupun Lombok, anda boleh menginap di sini dengan harga bermula daripada RM669 semalam.

5 . Hotel Majestic

Foto: Flyin Com

Untuk mereka yang berjiwa Anglophile, anda boleh menikmati suasana persis zaman pemerintahan kolonial British. Jika dilihat, elemen-elemen Inggeris ketara pada padanan warna putih dan struktur hiasan dalaman serta luaran. Kini anda boleh merasakan pengalaman unik dengan bermalam di hotel ini bermula pada harga RM650.

6 . Templer Park Rainforest Retreat

Foto: tripadvisor.nl

Terletak di Rawang dan bersaksikan panorama hutan hujan di Templer Park, kini anda boleh menikmati pengalaman baharu dengan bermalam dan melakukan aktiviti bersama keluarga di sini.

Malah, anda juga boleh beriadah sambil menerokai kawasan sekitar, misalnya Bukit Takun, air terjun Kanching dan juga kolam air panas Selayang.

Harga bermula daripada RM1,605 pada hari biasa, RM1,300 pada hujung minggu dan RM1,450 ketika cuti umum.

Sumber: Pepatung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

Eat Travel Tue, 23 Jun 2020

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Saiz kecil comel, nak makan pun fikir banyak kali

Eat Travel Sun, 24 Feb 2019
Eat Travel Fri, 13 Jul 2018
Eat Travel Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Kenapa Student Kena Kerap Pergi Melancong

Dengan melancong, anda akan dapat menimba banyak pengalaman!

Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Ini Resipi Sorbet Buah-Buahan Yang Hanya Guna 2 Bahan Ramuan, Berkhasiat Tapi Sedap!

Di bawah ini ada resipi untuk 4 jenis buah berlainan.

Eat Travel Mon, 27 Apr 2020
Eat Travel Mon, 11 Nov 2019

Kebaikan membungkus makanan dengan daun pisang

Makanan kekal enak dan segar, alam sekitar pun terpelihara

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Wed, 25 Jul 2018

Tauhu Begedil Daging Heaven, Paduan Serina Dan Chef Riz Laris!

Inti begedil daging yang mewah disumbat pada tauhu menjadikan ia satu hidangan yang cukup menyelerakan.

error: Content is protected !!