Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops June 12, 2018 @ 4:08am

Ezatty Abdullah Kerja Keras!

Pelakon Ezatty Abdullah telah berjinak jinak di dalam bidang perniagaan sejak setahun lebih yang lalu. Malah, dia semakin giat menjual produknya, Vermillion dan kosmetik keluaran terbarunya.

Bagi pelakon cantik manis ini, beliau turut mengakui sambutan daripada orang Johor sempena Festival Anggun Life yang diadakan baru-baru ini betul-betul mengkagumkan.

“Sambutan yang diberikan oleh orang Johor Bharu sangat memberangsangkan. Hanya dalam tempoh satu hari Vermillion hampir habis dijual.

“Mascara yang saya hasilkan tidak sama dengan keluaran orang lain. Oleh sebab saya tahu manfaat air zam zam, habbatus sauda dan minyak zaiton adalah bagus, jadi tidak salah untuk saya gunakan ke dalam mascara keluaran saya.” Katanya

 

Pelakon Ezatty Abdullah turut mengakui bahawa, sekarang dia lebih memberi fokus kepada perniagaan dan anaknya, Harum Dalia berbanding kerjaya lakonan. Namun, beliau juga turut memberitahu tidak akan menghalang suaminya , Azwan Kombos sekiranya beliau mahu terus aktif berlakon.

“Sejak ada anak, saya lebih fokus untuk menjual produk saya. Lagipun saya sukar untuk mempercayai orang untuk menjaga anak saya. Kami tidak akan shooting serentak untuk bergilir dalam menjaga Harum dan menguruskan perniagaan. Jadi jika saya shooting, Azwan akan membantu dalam menguruskan perniagaan saya dan pada masa yang sama menjaga Harum.

Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi membuatkan Ezatty tidak sabar untuk beraya di Sabah, buat pertama kali.

“Saya sangat excited untuk beraya di Sabah tahun ini memandangkan niat untuk beraya di sana sudah sejak setahun yang lalu. Malah, Harum dapat beraya bersama dengan neneknya buat kali pertama. Saya sudah rancang dengan kakak ipar untuk membuat kuih dan membawa ke Sabah untuk rumah terbuka.

“Biasanya di Sabah, Azwan akan membuat rumah terbuka selama tiga hari berturut tetapi kali ini saya hanya ingin membuat rumah terbuka hanya untuk satu hari sebab ingin meluangkan lebih masa bersama family.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Sep 2022

“Habis Tu Aku Kena Diam Ke C*ba*!” – YouTuber Didakwa ‘Koyak’, Dikecam Gara-Gara Filem Mat Kilau

Opssss! isu baru pulakkk timbul! #MatKilau dah hampiri kutipan RM100 juta dah weii… Udah lerr tu!👀

Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Penyanyi Dangdut Popular, Zaleha Hamid Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan buat seluruh seisinya.

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Berkat Sabar dan Usaha, Abby Abadi Syukur Rezeki Mencurah – “Semoga Allah Balas Kebaikan Kalian”

Abby Abadi meluahkan rasa syukur dan ingatkan netizen tentang akhirat

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Tue, 6 Feb 2024

Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

Moga keputusan yang diberikan pihak Mahkamah adalah yang terbaik buat semua pihak

error: Content is protected !!