Categories: familuv

Ada Apa Dengan Gelaran Pasangan Sepadan Sedang Hati Tidak Bahagia

“Ermmm…tak padan lah. Bininya lawa, suaminya pula tak handsome.”

“Dia tu mesti kahwin pasal harta. Kalau tak, nak ke dia dekat suaminya tu. Dia lawa kot!”

Pernah atau tidak anda disapa bisikan hati sebegini, apabila melihat pasangan berkahwin yang wanitanya cantik tetapi si lelakinya pula berwajah biasa-biasa saja?

Bagaimanapun mereka kelihatan amat bahagia dan saling sayang-menyayangi.

Foto: interiordesign

Meski sebahagian besar masyarakat masih skeptikal tentang isu jodoh harus sepadan ibarat bagai pinang di belah dua, namun kajian mendapati wanita paling bahagia bila bersama lelaki kurang tampan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Florida, wanita terbukti lebih bahagia bila mempunyai suami yang kurang menarik daripada mereka.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Body Image ini mengkaji 113 pasangan baru berkahwin. Mereka semua bersetuju untuk dinilai melalui daya penarik diri mereka.

Foto: Durian Bola Sana Sini

Pelajar Perubatan Tania Reynolds dan Pembantu Profesor Psikologi Andrea Meltzer menemui, wanita yang dinilai sebagai “kurang menarik” daripada suaminya mempunyai masalah imej badan.

Dalam perkataan lain, mereka rasa tertekan untuk diet dan menjadi kurus jika suami mereka lebih menarik dari mereka.

“Keputusan kajian mendedahkan, mempunyai suami yang ada fizikal menarik akan memberi kesan negatif pada isteri, lebih-lebih lagi isteri yang kurang menarik,” Reynolds berkata.

Tapi tekanan tambahan untuk diet dan nampak cantik ini tak wujud di kalangan isteri yang dinilai sebagai lebih menarik daripada suami mereka.

Jadi, janganlah hanya menilai daripada luaran sahaja kerana kita kena percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.

Sumber: Maxim

Yanie Baharom