‘Kerana Hati, Sudah Dimiliki’, Elfira Loy Mengaku Dah Bertunang

Selepas beberapa minggu berteka-teki, akhirnya pelakon Elfira Loy mengaku sudah bertunang pada 2 September lalu!

Menerusi Instagram Elfira, pelakon berusia 24 tahun ini berkongsi foto pada hari yang dianggap paling istimewa itu.

“ Instagram merupakan album digital saya untuk selamanya dan saya suka untuk berkongsi apa yang saya suka, cinta dan luahkan apa sahaja di ruang ini.

“ Saya berkongsi sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.

“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,” tulisnya.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur. Namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.

Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun putus pada 18 Februari lalu. 

SGMS Faida