Categories: familuv

Berhasrat Memiliki Zuriat? Amalkan 12 Tip Ini Dalam Merancang Keluarga Secara Semula Jadi

Pulang ke rumah mendengar hilai tawa juga tangisan anak kecil yang memenuhi segenap ruang kediaman, pastinya menjadi idaman bagi setiap pasangan suami isteri terutamanya bagi mereka yang sudah lama berkahwin. 

Bagi mereka yang masih belum dikurniakan zuriat, mungkin ada beberapa ikhtiar yang dapat membantu kalian membina sebuah keluarga yang diidamkan. Kesemua 12 tip ini, barangkali dapat membantu anda merancang keluarga secara semula jadi.

Tips Untuk Wanita

1. Jangan gunakan tampon, terutama bagi anda yang  pernah mengidap masalah cysts, fibroid atau endometriosis kerana darah haid bisa tersekat di dalam badan anda.

2. Jangan memakai seluar dalam atau jean ketat kerana ia melemahkan peredaran darah.

3. Tekanan perasaan berlebihan dan rasa lesu berpanjangan terarah kepada ketidakseimbangan hormon. Lakukan meditasi dan senaman yoga serta peroleh tidur yang mencukupi.

Foto: Medical News Today

4. Sentiasa bersenam secara tetap untuk meningkatkan tahap peredaran di kawasan pelvis malah dapat mengurangkan tekanan tetapi usah terlebih bersenam kerana panas badan melampau boleh mendatangkan masalah. 30 minit untuk senaman sederhana sehari sudah memadai.

5. Catat carta kitaran menggunakan BBT (kaedah suhu badan basal) apabila pengovuman berlaku atau menggunakan kit ovulasi (sperma bertahan selama dua hari di dalam badan wanita). Hubungan seks yang lebih kerap menghasilkan air mani yang kurang dan oleh itu kurang sperma untuk persenyawaan.

6. Merokok membahayakan ovari dan pembangunan ovum yang sihat, maka berhentilah jika mahukan cahaya mata. Pengambilan alkohol dan ubat-ubatan lain akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan reproduktif anda.

Foto: CBS News

7. Bagi anda yang memiliki berat badan berlebihan, turunkan berat badan manakala bagi yang terlalu kurus, tambahkan sedikit berat badan – rujuk carta BMI untuk berat badan seimbang dan ideal bagi membantu fungsi hormon yang normal.

8. Amalkan pemakanan baik: protein yang mencukupi, sayur-sayuran, buah-buahan, dapatkan cukup zat besi. Jika anda penggemar kopi, ambil kopi bebas kafein.

9. Tidak digalakkan melakukan sauna, mandian wap juga mandi tab panas.

Foto: Medical News Today

10. Jika anda berumur 30-an atau 40-an, mulalah mengambil multi-vitamin dan asid folik. Elak mengambil sebarang herba tanpa berunding dengan doktor.

11. Dapatkan cukup cahaya matahari (1 jam sehari) – kelenjar pineal mengawal pembiakan anda.

12. Elak meletakkan kompoter riba di pangkuan kerana haba yang datang dari komputer boleh merosakkan sperma.

Foto: Freepik

Sumber : EH!

Yanie Baharom