Categories: familuv

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak mereka cepat pandai untuk membaca dan menulis sejak berumur 3 hingga 4 tahun lagi. Pastinya, pelbagai cara dan kaedah yang cuba digarapkan dan diajar kepada anak-anak. Biasanya, anda mesti akan membeli buku dan pensel untuk diberikan kepada anak-anak yang bertujuan untuk melatih mereka.

Namun, tahukah anda selain menggunakan buku dan pensel terdapat kaedah lain yang boleh anda lakukan. Seorang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Asyikin Hashim telah mengguna pakai kaedah yang luar daripada kebiasaan yang mungkin tidak difikirkan oleh ibu bapa untuk melakukannya. 

Caranya yang cukup mudah dan tidak memerlukan untuk anda berbelanja mahal iaitu menggunakan teknik menggumpal kertas, mengguna gunting, mengecop dan sebagainya. Jom ikuti kaedah guru ini:

1. Menggumpal kertas

2. Tebuk lubang kertas

3. Menggunting kertas

4. Mengoyakkan kertas

5. Peeling

6. Menyusun lego

7. Merangkak

8. Mengecop

9. Main manik dan tali

10. Play manipulative

11. Lukisan menggunakan jari

Menarik kan semua aktiviti ini? Bagi anda yang sibuk berkerja, bolehlah lakukan aktiviti ini bersama anak pada setiap hujung minggu. Percayalah usaha yang anda lakukan untuk didik anak ini akan menjadikan mereka suka untuk belajar sesuatu yang baharu sekaligus mampu menguji minda mereka. 

Apabila anda kerap meluangkan masa bersama anak untuk melakukan 11 aktiviti ini anda pasti akan terkejut anak anda akan lebih bijak daripada kanak-kanak yang lain. Tak percaya cubalah!

Sumber: Facebook Asyikin Hashim

tex_admin