Categories: FeaturedGaya Hidup

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Nak jadi seorang ahli keluarga diraja bukan senang, lebih-lebih lagi bila anda ada anak kecil. Tak ada masanya nak jaga mereka sehari 24 jam.

Bagi Putera William dan isterinya Kate Middleton di Britain, mereka telah mengambil seorang wanita, Maria Teresa Turrion Borrallo, untuk bekerja sepenuh masa sebagai pengasuh untuk 3 orang anak mereka, iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Foto: Pinterest

Pada mulanya, William dan Kate telah meminta pengasuh William dulu, Jessie Webb yang kini berumur 72 tahun untuk menjaga George buat sementara waktu.

Tapi nampaknya mereka memerlukan pengasuh full-time, jadi mereka mengambil Maria, seorang wanita berumur 40-an berbangsa Sepanyol, bekerja. Sejak itu, Maria menjadi pengasuh tetap untuk keluarga itu.

Tapi anda ingat sesiapa saja boleh jadi nanny budak-budak ini? Mestilah dia kena ada extra skill yang dapat membantu sekiranya mereka diancam bahaya.

Dan Maria nampaknya memang layak untuk tanggungjawab ini kerana dia telah lulus dari salah sebuah sekolah pengasuh yang paling eksklusif di dunia.

Ya, memang ada sekolah khas untuk jadi pengasuh! Tak boleh bergantung kepada naluri keibuan saja.

Jom kenali lebih lanjut siapa Maria ini dan apa kelebihan yang dia miliki.

Foto: Getty Images

1. Maria adalah graduan sekolah pengasuh yang dikenali sebagai Norland School For Nannies di Bath, England. Sebuah kursus ijazah mengambil masa 4 tahun dan kalau anda nak join, anda perlu bayar £13,132.50 setahun (lebih kurang RM70,000) setahun. Para pelajar diajar segala macam cara-cara untuk membesarkan seseorang bayi atau kanak-kanak. Mereka akhirnya akan ambil bekerja oleh keluarga-keluarga elit di serata dunia.

2. Maria juga telah mengikuti kelas seni pertahanan diri dan belajar teknik-teknik anti-keganasan supaya anak-anak diraja ini sentiasa terlindung dari apa-apa jenis ancaman. Sebahagian daripadanya ialah kelas “defensive driving” sekiranya dia perlu bawa mereka ke mana-mana. Salah satu teknik memandu yang dia pelajari ialah latihan skid pan, di mana seseorang itu perlu memandu kereta mereka di atas permukaan yang licin.

Ini rupanya:

Extreme sungguh!

3. Selain bertindak sebagai seorang penjaga untuk putera-putera dan puteri Britain, Maria juga adalah guru bahasa mereka. Anak-anak raja memang perlu menguasai pelbagai jenis bahasa supaya mereka mudah untuk berkomunikasi apabila berjumpa dengan orang dari negara asing. George dan Charlotte dilaporkan kini sedang mempelajari bahasa Sepanyol daripada Maria.

4. Maria kini tinggal bersama keluarga William dan Kate di Istana Kensington di Britain. Senanglah dia nak menjaga George, Charlotte dan Louis bila-bila saja dia diperlukan.

5. Dia juga mengikut keluarga ini apabila mereka melancong ke luar negara. Contohnya, dia pernah mengikuti mereka ke Kanada pada tahun 2016, ke Poland dan Germany pada tahun lepas dan ke Australia pada tahun 2014.

Foto: Getty Images

6. Maria kadangkala perlu memakai uniform. Ramai yang pelik setelah melihat Maria memakai pakaian serba coklat ke majlis perkahwinan kakak Kate Pippa dan majlis christening Charlotte. Sebenarnya itulah uniform yang diberikan kepada graduan sekolah Norland. Tujuannya adalah untuk membezakan mereka daripada pembantu rumah.

7. Apabila Charlotte diperkenalkan kepada rakyat jelata Britain pada hari kelahirannya di hospital, dia dilihat memakai topi buatan tangan berwarna krim yang datang dari Sepanyol. Pihak media Sepanyol melaporkan bahawa ia adalah hadiah daripada Maria. Aww, so sweet!

Foto: Getty Images

8. Ada kemungkinan yang Maria berpendapatan melebihi £75,000 setahun (RM401,590). Wah!

Sumber: E! Online

Ad Ops