Categories: familuvFigura

Tidak lepas tangan dalam penjagaan anak, Zizie Ezette kongsi panduan uruskan anak

Darah seni yang mengalir dalam diri Datin Seri Zizie Ezette tidak pernah terhenti, malah kerinduan untuk berada di pentas seni sentiasa bertandang dan kekal di hati.

Bagaimanapun, naluri ibu figura berusia 42 tahun itu lebih kuat untuk dirinya menumpukan perhatian terhadap keluarga tercinta.

Ketika ditemui, pelakon Hero Seorang Cinderella itu berkata dia lebih selesa bergelar suri rumah sepenuh masa dan tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dipilih.

Kredit gambar: Jim/NSTP

“Kalau ikutkan minat, keterujaan sebagai anak seni tidak akan pernah berakhir. Perasaan rindu pasti ada, namun demi anak yang masih perlukan perhatian sepenuhnya, saya memilih untuk memperlahankan rentak lakonan.

“Pada saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus menciptakan kenangan indah bersama-sama. Lagipun kita tidak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” kata isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Zizie mempunyai lima cahaya mata iaitu Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3, Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1.

Kredit gambar: Kaki Foto

Berkongsi mengenai cara dia menguruskan anak, Zizie akui tidak melepaskan tanggungjawab tersebut sepenuhnya kepada pembantu dan lebih selesa menguruskan kelima-lima anaknya itu sendiri.

Sebagai ibu, dia akui perlu seimbangkan diri dari segenap perkara dengan menjadi ibu penyayang dan pada masa sama seorang ibu yang menitikberatkan disiplin dalam menguruskan anak.

Jom lihat video Zizie Ezette yang berkongsi mengenai panduan dalam menguruskan anak termasuk pengalamannya menjaga dua anak kembar.

Ad Ops