Categories: familuv

Victoria Beckham Kongsi Rahsianya Tentang Membesarkan Anak-Anak Yang Sopan

Bagi anda yang mengenali Victoria Beckham, anda mesti tahu yang dia merupakan seorang wanita yang pandai bergaya.

Bekas penyanyi daripada kumpulan Spice Girls itu sudah lama mengukir nama dalam industri fesyen dan dah memang pun berjaya dengan jenama fesyennya yang tersendiri.

Tapi bila fikir balik, kejayaan yang paling bermakna bagi Victoria mungkin adalah menjadi seorang ibu.

Dia dan suaminya, bekas pemain bola sepak terkenal David Beckham berkongsi 4 orang anak, iaitu Brooklyn, 19, Romeo, 16, Cruz, 13 dan Harper, 7.

Menerusi akaun media sosial pasangan ini, anda boleh lihat betapa sayang dan bangganya mereka terhadap cahaya mata mereka. Boleh dikatakan yang mereka ini sebuah keluarga yang sangat bahagia!

Baru-baru ini ketika di London Fashion Week, Victoria telah ditemubual oleh E! News tentang sambutan koleksi ulangtahun jenamanya yang ke-10. Pada masa yang sama, dia sempat bercakap sedikit tentang keluarga tercinta.

“(David dan saya) memang tegas dengan anak-anak,” katanya. “Memang kena pun, tapi pada masa yang sama anda patut berikan mereka peluang untuk berseronok dan ekspresikan diri sendiri.”

Keseronokan ini dapat dilihat di London Fashion Week apabila David dan anak-anak mereka datang memberi sokongan kepada Victoria di pertunjukan fesyennya.

“Saya beremosi betul pada masa itu,” kata wanita berumur 44 tahun itu. “Kita bekerja keras untuk masa yang lama dan kita ingin lakukan yang terbaik yang kita mampu.”

Untuk semua ibu di luar sana yang cuba membahagikan masa untuk keluarga, pekerjaan, hubungan dan lain-lain, Victoria faham situasi anda dan dia ada nasihat yang semua orang boleh pakai.

“Tak perlu rasa teruk atau bersalah. Anda cuma nak yang terbaik,” katanya lagi. “Anda patut jadi seorang isteri, ibu dan pekerja terbaik dan pada masa yang sama jaga diri sendiri dengan elok.”

Victoria Beckham 10th Anniversary Collection merupakan kapsul limited-edition yang meraikan pencapaian penting bagi jenama ini.

Koleksi 16 unit ini menampilkan semua jenis item pakaian daripada clutch Eva yang berkain suede ke versi baru bagi kasut pump Eva yang diperbuat daripada kain kulit putih.

Sumber: E! News

Ad Ops