Categories: FeaturedOh Lawa

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Setiap wanita pasti mendambakan bibir yang seksi dan menggoda seperti selebriti popular seperti Angelina Jolie, Kylie Jenner, Izara Aishah serta Kilafairy, sehingga ada segelintir begitu taksub untuk melakukan suntikan bibir.

Tidak perlu sakit atau menghabiskan duit yang banyak untuk melakukan suntikan kerana terdapat pelbagai alternatif lain untuk mendapatkan bibir yang mungil dan paling penting selamat.

Kredit gambar: QuotesGram

Menerusi perkongsian video di YouTube milik Charmie Janee, wanita itu berkongsi rutin penjagaan bibir yang dilakukannya terutama apabila mempunyai masalah bibir kering.

1. Penyental (scrub)

Langkah pertama yang dilakukan adalah pengelupasan. Proses itu bagus untuk menanggalkan sel kulit mati pada bibir yang menyebabkan bibir kering, merekah dan gelap.

Kredit gambar: Metro

Anda boleh menggunakan skrub berasaskan bahan seperti gula dan menggosok secara memutar dengan lembut pada keseluruhan bibir. Selepas itu, lap bibir sehingga bersih menggunakan tisu lembap.

Kredit gambar: Spill the Beauty

Antara produk penyental bibir yang terdapat di pasaran ialah MAC Lip Scrubtious. Anda juga boleh membuat sendiri penyental di rumah dengan mencampurkan gula dan madu. Proses pengelupasan dapat membantu memberikan hasil kulit bibir yang lembut dan halus.

2. Pupur

Kredit gambar: Neutrogena

Proses seterusnya adalah menggunakan pupur pada bibir. Pupur bibir terdapat dalam bentuk krim dan juga tampalan. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Laneige Lip Sleeping Mask.

Kredit gambar: YummyLooks

Sapukan pupur dan biarkan selama 10 minit atau semalaman sebelum membersihkannya. Pupur bibir mampu mencerahkan warna bibir, merawat dan melindungi bibir serta menyingkirkan masalah bibir kusam.

3. Pelembap

Rutin terakhir ialah menggunakan pelembap bibir. Sapukan pelembap bibir sama ada dalam bentuk gel atau minyak dan anda akan menikmati hasil yang menakjubkan.

Kredit gambar: Wedding Affair

Pelembap bibir bukan sahaja bertindak melindungi kelembapan dan menghidratkan bibir, malah menjadikan bibir sihat, segar serta berseri.

Selamat mencuba!

Ad Ops