Kita semua sedia maklum bahawa, buah avokado sememangnya memiliki banyak khasiat yang tersendiri baik untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Jangan tak tahu, buah ini sangat bagus diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan ke atas. Ini kerana, avokado mempunyai pelbagai nutrisi termasuklah vitamin, mineral dan lemak sihat yang dapat membantu tumbesaran serta perkembangan bayi.
Sebab itulah avokado termasuk dalam senarai salah satu makanan awal yang berkhasiat untuk bayi! Isi avokado yang lembut dan rasanya yang kurang manis sangat sesuai untuk hidangan si manja anda. Antara khasiat avokado untuk bayi adalah:
Jadi, penulis kongsikan 3 resipi berasaskan avokado yang boleh disediakan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jom semak!
Untuk menu ini hanya menggunakan avokado sahaja. Pastikan avokado yang anda gunakan adalah dah masak atau isinya sudah lembut. Caranya sangat mudah, ambil 1/2 isi avokado dan lenyekkan sehingga hancur. Boleh dihidangkan untuk si manja.
Bahan-bahan yang diperlukan
1/2 biji avokado (yang dah masak atau lembik)
1/2 biji pisang
Cara membuatnya
1. Ambil isi avokado dan buang kulitnya.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan pisang.
3. Kemudian, lenyekkan menggunakan garfu sehingga hancur dan sebati.
4. Siap!
Bahan-bahan yang diperlukan
1/2 biji avokado
Sedikit blueberry ikut sukatan anda.
1 biji pisang
Cara membuatnya
1. Ambil isi avokado dan dipotong dadu.
2. Hiris pisang.
3. Masukkan semua bahan hirisan termasuklah blueberi ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga hancur dan sebati. Tidak perlu tambah air.
4. Siap! Boleh terus hidangkan pada bayi ataupun boleh disimpan di dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.
Mudah saja kan? Semua resipi ini anda boleh buat dan selebihnya boleh dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil lalu simpan di dalam peti sejuk beku. Bila si manja nak makan, keluarkan dan nyahbekukan.
Selamat mencuba!
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Tak sabarnya nak tengok nanti! Jom sertai
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua