Categories: Eat TravelFeatured

3 resipi enak berasaskan kurma, semuanya senang nak buat!

Kurma menjadi pilihan wajib ketika bulan Ramadan kerana khasiatnya memang luar biasa dan tiada tandingan. Kurma sangat bagus untuk kesihatan diri dan mampu membekalkan tenaga berpanjangan kepada mereka yang berpuasa.

Kredit gambar: Signature Market

Jom lihat resipi berasaskan makanan sunah itu yang menjadi pilihan Hijab & Heels. Paling penting, resipi itu memang enak dan mudah disediakan!

Kurma Shake

Kredit gambar: Instagram Khairul Aming

Bahan-bahan:

  • 1 cawan oat
    1 cawan susu segar
    4 biji kurma yang sudah dibuang biji
    1 cawan air
    1 pisang (pilihan)

Cara penyediaan:

Kredit gambar: Instagram Khairul Aming

  1. Campurkan oat dengan susu segar. Gaulkan sekata.
  2. Rendam kurma ke dalam air.
  3. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.
  4. Kisarkan kesemua bahan itu.

Kurma shake sesuai untuk dinikmati ketika sahur. Anda juga boleh kisar bersama-sama pisang atau buah-buahan lain mengikut cita rasa masing-masing.

Kredit resipi: Instagram Khairulaming

Agar-Agar Kurma

Kredit gambar: Abang Terlajak Laris

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kurma yang telah dibuang biji
  • 1 paket agar-agar
  • 2/4 cawan gula
  • 2 cawan susu
  • 5 cawan air

Cara penyediaan:

  1. Kisar kurma dengan secawan air. Ketepikan.
  2. Didihkan lima cawan air dalam periuk.
  3. Masukkan agar-agar dan apabila agar-agar sudah hancur, masukkan gula.
  4. Kemudian, masukkan susu dan kurma kisar.
  5. Masak sehingga mendidih dan kemudian tuang ke dalam acuan.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk dan siap untuk dinikmati ketika waktu berbuka.

Kredit resipi: MyResipi

Cucur Kurma

Kredit gambar: Gramho.com

Bahan-bahan:

  • Setengah cawan kurma, dibuang biji dan dihiris halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu susu pekat manis
  • Setngah sudu kecil soda bikarbonat
  • Setengah sudu kecil garam
  • Sebiji telur
  • Dua cawan air

Kredit gambar: Koleksi Resepi Mudah

Cara penyediaan:

  1. Campur kesemua bahan dan kacau sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

Mudah, bukan? Cucur kurma enak dijadikan hidangan berbuka atau dinikmati ketika waktu sahur. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Wanista

Ad Ops