familuv By: Ad Ops October 25, 2018 @ 9:00am

5 Jenis Makanan Yang Meghan Markle Tak Dibenarkan Makan Kerana Hamil

Memandangkan dia sedang berbadan dua dengan anak Putera Harry, Meghan Markle kini ada beberapa peraturan baru yang dia mesti ikuti.

Ini termasuklah menjaga rutin dietnya supaya si ibu dan anak dalam kandungan sihat. Sesetengah daripadanya mesti akan mengubah gaya pemakanan yang Meghan telah amalkan selama ini.

Jom kita lihat bahan makanan yang dia harus buang daripada dietnya:

1. Daging mentah

Kehamilan akan melemahkan sistem imunisasi seseorang wanita itu. Ini meningkatkan risikonya untuk menjangkiti penyakit daripada makanan. Keadaan ini adalah lebih serius bagi wanita hamil kerana ia akan membahayakan kehamilannya serta kesihatan bayi dalam kandungan.

Jadi wanita hamil disarankan untuk elakkan daripada makan semua jenis daging mentah atau daging yang tak cukup masak. Tapi Meghan takkan rasa rugi sangat sebab dia memang mengamalkan diet vegetarian.

2. Daging burger yang rare

Foto: Pinterest

Walaupun dia seorang vegetarian, sejak dia hamil dia telah dilihat memakan sebuah burger. Baguslah kerana dia perlu memperkayakan juga dietnya dengan makanan yang mengandungi vitamin B-12 seperti daging merah. Tapi harap-harap daging burger yang dia makan tu taklah mentah.

Wanita hamil mesti makan daging atau ayam yang dah dimasak betul-betul untuk mengelakkan daripada jangkitan bakteria.

3. Sushi

Selain daging, ikan dan makanan laut yang mentah juga boleh membawa penyakit. Itulah sebabnya wanita hamil patut elak daripada makan sushi. Kalau boleh, semua hidangan makanan laut dimasak di suhu setinggi 63 darjah Celcius.

4. Keju lembut

Foto: Serious Eats

Ketika hamil, seorang wanita perlu avoid keju-keju lembut tersebut kerana mereka selalunya diperbuat daripada susu yang belum dipasteur.

  • Brie
  • Feta
  • Camembert
  • Roquefort
  • Queso Blanco
  • Queso fresco

Proses pempasteuran bertujuan untuk mengurangkan bilangan patogen di dalam sesuatu produk itu supaya ia sukar untuk menyebabkan penyakit.

Meghan rasanya boleh hidup tanpa keju-keju ini kecuali feta, kerana salah satu makanan kegemarannya adalah salad tembikai dengan feta cheese.

5. Daun herba yang belum dibasuh

Satu elemen penting dalam hidangan salad tembikai Meghan adalah daun pudina segar. Walaupun dia tak masukkan feta, dia masih perlu hati-hati dengan daun pudina atau apa saja daun herba segar yang dia tambahkan ke dalam dietnya.

Sebarang herba yang belum dibasuh betul-betul adalah satu lagi sumber bakteria yang membawa penyakit.

Bagi wanita-wanita hamil di luar sana, ikuti tip-tip yang telah dikongsikan di atas, okay!

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Apr 2023

“Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang!” – Anak Azhar Sulaiman Mengaku Tak Liar, Pilih Lelaki Melayu Berbanding Mat Salih Sebagai Teman Hidup

Pempengaruh media sosial popular yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengaku kehidupannya sering menjadi perhatian masyarakat walaupun dia kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Menurut Leona, kehidupannya di luar […]

Featured Wed, 12 Jul 2023
Featured Sat, 1 Jan 2022

Bantuan Sehingga RM56,000 Buat Mangsa Banjir – PM

Baguslah ada bantuan macam ni at least kurangkan beban mangsa banjir yang terkesan teruk

Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Tue, 17 May 2022
Featured Thu, 9 Jun 2022