Categories: FeaturedOh Lawa

Adakah Anda “Spesis” Tidur Pun Nak Cantik? Baik Anda Segera Ubah Tabiat Anda

Tidur pun nak cantik, adakah anda tergolong dalam spesis macam ni?

Setelah berseronok-ronok liburan bersama teman-teman, pulang ke rumah terus menuju ke kamar dan tidur tanpa membuang makeup.

Kalau iyer pun penat wahai ladies, pastikan membersihkan wajah anda terlebih dulu sebelum tidur kerana kandungan bahan kimia yang digunakan dalam alat solek anda boleh memberi kesan sampingan kepada kulit anda.

Pastinya lebih parah sekiranya dibiarkan 24 jam melekat di muka kerana kulit perlu bernafas dan waktu tidur adalah masa yang terbaik untuk repair semula kulit wajah.

Hijab & Heels ingin mendedahkan tiga kesan sampingan berpunca daripada gincu, bedak asas dan maskara, jika ia tidak dibersihkan sebelum anda beradu.

1. Gincu

Foto: MK with Anna

Tidur dengan gincu yang masih melekat di bibir boleh menyebabkan bibir menjadi kering seterusnya merekah!

2. Bedak Asas

Foto: Beauty Tips

Penggunaan bedak asas yang kebiasaanya tebal haruslah dicuci agar kulit muka berupaya untuk bernafas dan diperbaharui pada waktu tidur. Sekiranya tidak dibersihkan akan mengakibatkan kedutan di wajah dan liang roma tersumbat lalu timbulnya masalah jerawat.

3. Maskara

Foto: Live Science

Selain boleh mengakibatkan keguguran bulu mata, tidur dengan maskara juga boleh menyebabkan kegatalan. Jika ianya berlarutan, mata akan menjadi bengkak seterusnya dijangkiti kuman.

Fuhh..memang scary! Jadi, rajin-rajinlah cuci makeup sebelum tidur ya.

Yanie Baharom