Categories: familuvFeatured

Ameera Zaini Kongsi 13 Amalan Semasa Hamil Yang Boleh Anda Ikuti

Siapa yang tak kenal dengan pengacara cantik manis, Ameera Zaini. Lebih mesra dikenali sebagai Meera, dia telah dikurniakan seorang cahaya mata yang cukup comel yang baru berusia 1 tahun 8 bulan, Mateen Hasnor. 

Baru-baru ini, Meera telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya tentang perkongsian amalan-amalan yang dia lakukan sepanjang kehamilan terdahulu.

Menurut perkongsian tersebut, Meera menyatakan dia mengalami sickness yang teruk dan pernah bleeding sebanyak 2 kali sehingga doktor sahkan harapan untuk bayi selamat adalah 50/50. 

Tapi, dengan mengamalkan beberapa amalan dan dengan izin Allah, bayi Meera selamat sehinggalah dilahirkan. Jom kita ketahui, apakah amalan-amalan yang dilakukan oleh Meera.

1. Doktor bagi injection untuk kuatkan rahim.

2. Meera banyak bedrest sebab mabuk teruk.

3. Jauhi makanan fast food dan junk food.

4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doktor bagi.

5. Minum susu kambing.

6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya.

7. Meera kurang suka kurma masa pregnant, jadi Meera ganti dengan kismis. 

8. Banyak makan buah-buahan. Meera memang suka sangat makan buah-buahan ketika pregnant dan sekarang Mateen pun suka!

9. Suka buah tembikai untuk tambah air ketuban. Tapi, jangan makan banyak sangat takut diabetes pula!

10. Minum air kelapa setiap hari masa trimester ketiga.

11. Baca atau dengar Surah Maryam, Surah Yusuf & Surah Al Baqarah.

12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah. Contohnya, nak anak yang sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya.

13. Masa belum ada nama Meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive seperti good morning handsome boy, good morning anak soleh, Assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa!

Itulah antara 13 amalan yang Meera lakukan yang mungkin boleh anda jadikan sebagai panduan. Apapun, setiap ibu hamil akan melalui fasa kehamilan yang berbeza. Sentiasalah bersabar ya para ibu!

Sumber: Instagram

tex_admin