Categories: familuvFeatured

Anak Kecil Anda Pandai Melukis? Menurut Kajian, Dia Mungkin Seorang Genius!

Semua kanak-kanak memang diajar untuk melukis dari usia muda lagi. Tapi jika anda perasan yang anak anda terlebih talented daripada kanak-kanak lain, ada berita baik untuk anda!

Sebuah kajian terbaru menunjukkan yang kanak-kanak yang pandai melukis akan membesar untuk menjadi seorang yang pandai.

Para ahli psikologi dari King’s College di London telah mendapati bahawa kebolehan berseni ketika muda adalah penunjuk baik bagi kepintaran apabila dewasa.

Mereka berkongsi yang kanak-kanak yang boleh melukis bentuk manusia dengan tepat lebih cenderung untuk menjadi pandai apabila mereka sudah besar.

Para penyelidik ini telah mengkaji lukisan-lukisan oleh lebih 15,000 orang kanak-kanak berumur 4 tahun. Sedekad kemudian, mereka mendapati bahawa antara semua kanak-kanak ini, mereka yang berjaya dalam peperiksaan semuanya telah menunjukkan kemahiran yang tinggi dalam melukis ketika mereka masih kecil.

Foto: commons.wikimedia.org

“Keputusan yang kami dapati menunjukkan kaitan di antara kebolehan melukis ketika seseorang itu berumur 4 tahun dan kepintaran mereka pada masa hadapan,” kata Dr Rosalind Arden dari Institute of Psychiatry di King’s College.

“Kebolehan untuk melukis bentuk manusia dengan tepat adalah kebolehan manusia biasa serta petanda untuk kebolehan kognitif.

“Ia sama saja dengan kebolehan untuk menulis, yang membolehkan manusia untuk menyimpan maklumat dan membina tamadun.”

Tapi jika anak anda tak pandai melukis, tak perlu gusar. Jangan fikir seperti “Oh, tidak, anak saya tak pandai melukis, jadi mungkin bila dia dah besar, dia akan jual burger saja sepanjang hidupnya!”

Rosalind menegaskan yang kanak-kanak yang pandai melukis bukanlah satu-satunya kelompok yang pandai.

“Kebolehan melukis tak menentukan kepintaran. Kajian ini hanya menunjukkan adanya kaitan, tapi ia bukanlah kongkrit.”

Sumber: theAsianparent

Ad Ops