Categories: FeaturedTrending

Eh, Bibir Kylie Jenner Yang Munggil Semacam Itu Dah Menipis! Apa Cerita?

Kalau sebut pasal Kylie Jenner, anda mesti teringat kepada bibirnya yang tebal dan munggil semacam.

Walaupun ia bukannya semulajadi (dia telah mengambil suntikan lip fillers sejak beberapa tahun lalu), ia memang menjadi sebahagian daripada signature look selebriti ini.

Walau bagaimanapun, pada Ahad lepas, Kylie telah memuat naik sebuah foto di Instagramnya. Lain macam sikit rupa selebriti ini kerana bibirnya nampak lebih nipis daripada biasa.

Eh? Anda tengok sendiri. Betul tak?

Foto: Instagram Kylie Jenner

Seorang pengikutnya telah memberi komen yang mengatakan bahawa Kylie di dalam gambar ini nampak seperti “the old Kylie”. Dia merujuk kepada rupa selebriti ini sebelum dia memilih untuk menebalkan bibir.

Kylie pula telah memberi respon kepada pengikut ini: “Saya tak lagi menggunakan lip fillers”. Oooh, patutlah!

Teknik suntikan lip fillers ini bertindak untuk menebalkan bibir tapi bukan untuk selamanya macam plastic surgery. Penggunanya harus “mengisi” semula bibir mereka dengan cecair tertentu selepas 3 atau 6 bulan.

Maknanya, Kylie dah lama tak menerima suntikan tersebut. Patutlah kempis!

Foto: Instagram Kylie Jenner

Gambar di bawah ini menunjukkan transformasi bibir Kylie dari dulu hingga setelah dia menerima suntikan.

Foto: www.capitalfm.co.ke

Di dalam sebuah episod ‘Keeping Up With The Kardashian’ yang disiarkan pada tahun 2015, Kylie telah mengaku yang dia mengambil suntikan lip fillers untuk menebalkan bibirnya.

“Saya memang insecure terhadap bibir saya, jadi inilah keputusan yang saya telah ambil,” katanya.

“Pada mulanya saya memang nak mengaku kepada khalayak ramai tapi mereka cepat sangat judge saya tentang semua perkara.

“Oleh kerana itu, saya mungkin tak berterus-terang, tapi saya tak menipu.”

Walau bagaimanapun, menerusi jawapannya kepada pengikutnya di Instagram, Kylie tak pula menjelaskan kenapa dia berhenti mengambil suntikan bibir.

Beberapa hari lalu juga, Kylie telah menjawab soalan beberapa peminat secara langsung. Dia mendedahkan yang anaknya Stormi Webster tidak mewarisi bibir nipisnya.

Foto: Snapchat Kylie Jenner

“Stormi adalah seperti kembar saya, tapi sekarang dia makin mirip ayahnya (penyanyi rap Travis Scott),” kata Kylie.

“Dia memiliki sepasang bibir yang paling perfect di dunia. Dia tak mewarisinya daripada saya.”

Sumber: E! Online

Ad Ops