Categories: FeaturedParenting

Awas! Kenalpasti tanda-tanda anda mengalami Parental Burnout

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Parental burnout adalah satu sindrom di mana ibu bapa mula stress dan hilang keyakinan diri untuk menjalankan peranan sebagai ibu bapa.

Terdapat tiga dimensi parental burnout yang telah dikenalpasti oleh pakar: berasa sangat penat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa, merasakan semakin jauh daripada anak-anak secara emosional dan berasa tidak efektif dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu atau bapa.

Sindrom ini amat penting untuk dikenal pasti kerana ianya mampu menjadi duri dalam daging kepada kesejahteraan sesebuah keluarga.

Antara kesan buruk yang akan dihadapi oleh ibu bapa yang menghadapi sindrom ini adalah mula berfikir untuk lari daripada tanggungjawab, muncul fikiran untuk bunuh diri dan menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Foto: healthline.com

Bagi kanak-kanak pula, mereka akan terasa seperti diabaikan oleh ibu bapa mereka dan juga bersikap ganas terhadap kawan-kawan mereka.

Di samping itu, sindrom ini turut memberi impak kepada perhubungan suami isteri melalui konflik-konflik yang tidak berpenghujung.

Walaupun kajian mengenai sindrom ini masih sangat sedikit, namun terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat dan dirasai sendiri oleh ibu bapa yang mengalami sindrom ini.

Tanda-tanda anda mengalami Parental Burnout

  1. Sentiasa berasa penat seharian.
  2. Mudah marah.
  3. Lupa mengenai aktiviti tidak melibatkan anak-anak yang pernah dibuat.
  4. Lupa mengenai banyak perkara yang pernah dilakukan sepanjang tahun-tahun sebelumnya.
  5. Mula mendambakan waktu seperti sebelum mendapat anak.
  6. Mula berfikir yang anak-anak sengaja membuat perangai semata-mata untuk menjengkelkan anda.

    Foto: working mother.com

  7. Tidak mempunyai idea untuk menimbulkan perbualan dengan orang lain selain daripada mengenai kanak-kanak.
  8. Lupa mengenai perkara-perkara yang anda suka lakukan.
  9. Berasa wajib untuk sentiasa mengatakan anda gembira seratus peratus.
  10. Tidak tahu untuk melakukan apa-apa aktiviti ketika masa senggang.
  11. Banyak mengeluh tanpa mengetahui puncanya.

Antara perkara yang penting untuk dilakukan jika anda mengalami tanda-tanda berikut ialah dapatkan bantuan daripada keluarga, kenalan, mahupun daripada pakar perubatan.

Foto: sovhealth.com

Selain itu, ahli keluarga mahupun kenalan yang dapat mengenalpasti perkara tersebut perlu peka dan sensitif dalam berhadapan dengan perkara tersebut.

Sebarang kesalahan dalam percakapan mahupun perbuatan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Penulis berharap pembaca bukan sahaja sedar akan bahaya sindrom ‘Parental Burnout’ kepada institusi keluarga, malahan turut bertindak proaktif dalam mengenalpasti dan menyelesaikan perkara tersebut kerana penghidap sindrom ini tidak kenal keluarga kaya mahupun miskin.

Sumber: Research Gate dan The Mindful MD Mom 

tex_admin