Categories: FeaturedOh Lawa

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Umum mengetahui antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.

Mungkin ramai yang tidak tahu antibiotik juga sering digunakan untuk merawat masalah jerawat di muka. Hal ini disebabkan orang dewasa secara semula jadi mempunyai bakteria Propionibacterium acnes di pori-pori kulit.

Foto: Sanova Dermatology

Antara antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat jerawat ialah Tetracycline, Doxycycline dan Erythromycin. Bagaimanapun, tidak semua jenis jerawat boleh diubati dengan pengambilan antibiotik.

Kebiasaannya, doktor hanya akan mengesyorkan pengambilan antibiotik jika jerawat tersebut sangat parah dan teruk hingga muncul benjolan merah, bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit serta jerawat bernanah.

Jenis antibiotik dan kegunaannya

– Aknemycin, Eryderm (Erythromycin): Menyerang kuman yang boleh membuat jerawat bertambah teruk

– C-mycin, Dalacin-T, Topicil (Clindamycin): Menghalang pembiakan bakteria serta mengurangkan kemerahan dan bengkak

Foto: Skin Care Guide

Antibiotik terdapat dalam beberapa bentuk antaranya:

– Ubat makan:  Tablet dan kapsul

– Ubat sapu: Gel, krim, losyen dan cecair.

PENTING!

1. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik tanpa preskripsi atau arahan doktor. Antibiotik hanya boleh diberikan melalui preskripsi daripada doktor yang merawat. Antibiotik perlu diambil mengikut arahan yang ditetapkan bagi memastikan kesan terapeutik yang optimum tercapai.

Foto: Independent BD

2. Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.

3. Antibiotik yang diberikan perlu dihabiskan kecuali mendapat arahan yang sebaliknya daripada doktor. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan ianya dibuang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: MyHealth

Ad Ops