Categories: FeaturedGaya Hidup

Berat naik ketika tempoh PKP, ikuti panduan wanita ini untuk turun 18 kg

Tidak dinafikan ramai yang merungut berat badan naik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mana tidaknya, sepanjang hari duduk di rumah asyik mengunyah sahaja.

Tambahan pula ramai yang berlumba-lumba menunjuk menu apa yang dimasak setiap hari, memang meriah dengan kalori!

Tidak salah kalau mahu makan enam kali sehari, tapi menu yang disediakan biarlah menu yang sihat. Jangan lupa juga luangkan masa yang banyak di rumah dengan melakukan senaman.

Antara hantaran menarik dalam laman sosial adalah daripada Nurain Sazila yang berkongsi menu hariannya. Kesan pemakanan sihat yang diamalkannya, wanita yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram dalam tempoh tiga bulan.

Kredit gambar: Instagram Ateqchalala

Menerusi Instagram miliknya, Nurain berkongsi cara beliau mengamalkan konsep suku suku separuh dan yang paling penting, menu dikongsinya itu memang sihat dan sedap.

Menurut Nurain, kunci utama penurunan berat badannya adalah sabar. Selain mengamalkan pengambilan makanan yang sihat, beliau turut bersenam dan sekali sekala melakukan Intermittent Fasting (IF). Daripada berat 75 kg, wanita berusia 34 tahun itu kini memiliki berat badan yang ideal iaitu 57 kg.

Jadi sebelum anda menyesal berat badan semakin naik, jom lihat antara menu yang dikongsi oleh Nurain. Semoga menu yang dikongsi dapat memberi manfaat serta idea kepada anda untuk masak apa sepanjang tempoh larangan pergerakan ini.

Bagi yang ingin buat sambal sihat, boleh rujuk resipi gambar di bawah.

Ad Ops