Featured By: Yanie Baharom April 8, 2020 @ 8:00am

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

Sebak ketika membaca artikel lebih 150 mayat mangsa COVID-19 yang dibiarkan di tepi jalan di sekitar bandar Guayaquil, Ecuador.

Kalau mayat pun boleh dilakukan sebegitu rupa kerana kehabisan keranda dan hospital terlalu sesak untuk menempatkan si mati, bayangkan lah bagaimana nasib mereka yang terkena jangkitan tetapi tidak boleh mendapatkan rawatan di hospital.

Kehidupan mangsa bagaikan menunggu ajal yang sudah melambai-lambai di hadapan mata.

Situasi sebegini tidak dapat kita lihat di Malaysia, kerana pelbagai usaha dan inisiatif hebat dilakukan kerajaan, tindakan cemerlang petugas barisan hadapan dan sukarelawan, malah rakyat Malaysia sendiri yang terkenal sebagai bangsa berjiwa besar.

Foto: Reuters

Mungkin antara kelebihan Malaysia kerana kita sebuah negara kecil jadi lebih mudah untuk kerajaan menguruskan rakyat. Rata-rata masyarakat tempatan turut mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan kerajaan.

Namun begitu, dalam pelbagai usaha murni yang dilakukan kerajaan, kita tidak boleh menghalang warga maya untuk terus mencari kelemahan.

Baru-baru ini timbul pertikaian berhubung tindakan kerajaan mengkuarantin rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara di beberapa fasiliti termasuk hotel-hotel di sekitar ibu kota. Segelintir netizen berpendapat ianya tidak adil jika dibandingkan nasib golongan gelandangan.

Warga maya membandingkan nasib ratusan gelandangan yang ditempatkan di dewan komuniti dan serba guna sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKP ini. Mereka terpaksa tidur secara beramai-ramai di dalam sebuah dewan yang besar dengan jarak yang minimum antara satu sama lain.

Foto: Twitter

Cetus pertikaian di laman sosial

Sesetengah pihak menyuarakan pendapat, jika dulu gelandangan hanya tidur di kaki lima, kini ditempatkan dalam dewan untuk berlindungan, itu merupakan satu usaha yang baik, apatah lagi bekalan makanan juga diberikan.

Namun begitu, sebilangan besar tidak bersetuju dan menganggap ia satu bentuk diskriminasi kerana gelandangan juga wajar mendapat layanan yang setara dengan mereka yang baru kembali dari luar negara.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

“Saya tidak faham mengapa kerajaan membiaya penginapan kamu (yang secara jelasnya dibayar menggunakan duit pembayar cukai) sedangkan gelandangan pula ditolak ke suatu tempat yang hanya berbekalkan tilam nipis.

“Kenapa orang kaya layak untuk mendapat layanan yang berbeza dengan mereka yang miskin?” persoal seorang warga maya di Twitter yang menulis komen dalam ruangan individu yang menjalani kuarantin di hotel mewah.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Melihatkan pada ciapan dan perkongsian gambar yang dikirimkan oleh warga maya itu, apa pendapat anda? Patut atau tidak perbezaan cara dikuarantin membabitkan dua kumpulan ini?

Tertanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk memperdebatkan hal yang dibangkitkan. Paling utama di mana sekalipun kita ditempatkan, selagi ia selesa, makan minum terjaga dan sentiasa ada pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 ini dapat diputuskan, belajar lah untuk menghadam rasa bersyukur!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 18 Oct 2018

10 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kopi

100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

Featured Tue, 1 Nov 2022
Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Featured Mon, 6 Mar 2023
Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

Featured Wed, 30 Nov 2022
Featured Mon, 23 May 2022

“Taklah Sehebat Mana, Tapi…” – Hadiahkan Diri Sendiri, Afieq Shazwan Beli Honda Civic RS

Tahniah! Afieq Shazwan menghadiahkan dirinya sebuah kereta baru Honda Civic RS 2022.