Categories: FeaturedGaya Hidup

Bukan Manusia Saja Boleh Melengahkan Penuaan Kulit Wajah, Malah Buah Juga Ya!

Pernah atau tidak anda mendengar tentang pelekat ajaib, StixFresh?

Apa bendanya tu? Haa…bagi yang tidak pernah tahu kewujudan pelekat istimewa ini, ia berfungsi untuk mengekalkan kesegaran buah yang mampu memperlahankan proses ‘penuaan’ buah-buahan.

Cukup terkenal di Amerika Syarikat, siapa sangka jenama ini adalah buatan Malaysia dan beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan menggunakan nama syarikat, StixFresh International Sdn Bhd.

Foto: Mashable SEA

Menariknya, pelekat tersebut boleh dimakan sekali bersama buah tersebut kerana diperbuat daripada campuran lilin lebah.

Hasil kajian dan penyelidikan mendapati kesegaran buah dapat dipanjangkan sehingga 14 hari dengan pelekat StixFresh.

Syarikat berkenaan meneruskan rekaan inovasinya dengan melakukan kajian pelekat untuk membantu mengekalkan kesegaran pada buah beri dan sayur-sayuran pula selepas ini.

Makin besarlah pasaran SixFresh selepas ini. Congrats!

Foto: Mashable SEA

Sumber: The Vocket

Yanie Baharom