Categories: Eat TravelFeatured

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Anda pernah makan egg roll atau dalam bahasa Jepunnya tamagoyaki? Mesti anda fikir, kalau nak makan tamagoyaki ini perlu pergi ke Jepun kan?

Tidak sebenarnya! Anda boleh saja buat di rumah kerana ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan yang paling penting senang saja nak buat. Kalau anda nak tahu, resipi tamagoyaki ini kaya dengan sayur-sayuran berkhasiat! 

Jadi, ia bukan saja sesuai untuk dimakan oleh orang dewasa malah kanak-kanak juga boleh makan! Anda boleh manfaatkan cuti sekolah ini dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga. Jom lihat video cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

5 biji telur

Lobak dipotong dadu yang halus (rujuk video)

Daun bawang dihiris halus

1/2 sudu kecil garam

Minyak masak

**Anda boleh campurkan sayuran lain ikut kesukaan anda.

Cara membuatnya

1. Pecahkan 5 biji telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam.

2. Pukul menggunakan whisk dengan perlahan.

3. Kemudian, masukkan lobak dan daun bawang dan kacau sehingga rata.

4. Panaskan pan dengan sedikit minyak, tuangkan adunan telur sedikit sahaja terlebih dahulu. (Rujuk video)

5. Biarkan sehingga bahagian bawah telur masak dan gulungkan menggunakan chopstick. (Rujuk video)

6. Selepas itu, letakkan telur yang dah digulung tadi di tepi pan dan tuangkan lagi telur. (Rujuk video)

7. Apabila bahagian bawah telur dah masak, gulungkan bersama telur yang dah digulung tadi. Nak lebih faham boleh rujuk video.

8. Ulang step yang sama sehingga adunan telur habis.

9. Bila dah siap, boleh potong telur tersebut. (Rujuk video)

Mudah sahaja kan? Jom cuba buat!

Sumber: Youtube

tex_admin