Featured By: Yanie Baharom May 21, 2020 @ 7:30pm

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Berita mengenai wanita hamil disahkan positif koronavirus (COVID-19) selepas pulang ke kampungnya di Kuala Krai, Kelantan, semalam, harus dijadikan iktibar oleh orang ramai.

Ekoran kejadian ini, kerajaan juga memutuskan untuk menghentikan pergerakan merentas negeri serta-merta, bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 yang mungkin mencetuskan gelombang lebih dahsyat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata individu yang diarah berpatah balik kerana cuba untuk merentas negeri juga akan dikenakan kompaun mulai hari ini.

Katanya, tindakan itu terpaksa dilakukan supaya rakyat sedar bahawa Kerajaan memandang serius berkenaan kes merentas negeri dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Akibat rentas negeri, semalam kita baca seorang wanita didapati positif COVID-19 apabila tiba di kampung setelah merentas negeri. Sebab itu kita tidak ada kompromi lagi, tidak ada tolak ansur lagi dalam soal rentas negeri ini.

“Sesiapa yang membuat cubaan merentas negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja mengarahkan mereka berpatah balik, tetapi mereka juga diminta membayar kompaun serta-merta,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Foto: The Star

Beliau turut mengingatkan bahawa mereka yang terlepas dan sedang berada di kampung halaman masing-masing turut tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.

“Mana yang dah balik pun jangan ingat mereka selamat, bila pulang ke Kuala Lumpur mereka juga tidak akan terlepas daripada tindakan seterusnya”, katanya.

Menurut beliau, semalam sahaja terdapat sebanyak 2,412 kenderaan cuba merentas negeri dan dinasihatkan polis berpatah balik.

Selain itu, katanya, lebih 1,300 orang ramai beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk meminta kebenaran polis balik ke kampung.

“Mereka sanggup beratur di tengah panas dengan alasan untuk mencuba nasib. Bagaimanapun dengan keputusan yang dibuat kerajaan tidak membenarkan pergerakan merentas negeri, saya nasihatkan orang ramai tidak perlulah lagi ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran.

“Kita tidak akan bertolak ansur lagi dalam soal rentas negeri ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Feb 2023

PU Riz Wish Birthday Neelofa, Tapi Ucapan Akhir Jadi Perhatian – “Sekarang Bukan Gemuk, Tapi..”

Awhhhh sweetnya ucapan birthday Haris untuk Lofa ❤️❤️❤️

Featured Sun, 17 Apr 2022

Penghasilan Al Quran Bertulis Tangan Di Dalam Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga mengisahkan bagaimana penghasilan Al-Quran dilakukan.

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Featured Thu, 1 Jul 2021

Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, […]

Events Wed, 1 Jun 2022
Featured Fri, 28 Oct 2022