Categories: Eat TravelFeatured

Bunga kuning yang dimakan aktres Nabila Huda rupanya banyak khasiat, manfaatnya sama seperti zukini

Satu hantaran yang dilakukan aktres dan pengacara berbakat, Nabila Huda, dalam Instagram dua hari lalu, cukup menarik perhatian dan menggesa perasaan ingin tahu, apakah khasiat di sebalik bunga kuning yang dimakannya itu.

Bentuk seakan bunga kenanga dan teksturnya pula menyerupai kubis panjang dengan tona hijau pada bahagian bawah, malah Nabila turut berkongsi resipi dan cara-cara membuat snek daripada bunga itu.

Bahan diperlukan ialah keju mozarella yang diletakkan dalam kantung bunga, kemudian ditutup rapat dan celur ke dalam tepung tempura lalu digoreng.

Efek bunyi ‘krup krap krup krap’ ketika Nabila menikmatinya sememangnya membuatkan yang menonton, terliur.

Sebagaimana dalam kapsyen, Nabila juga mendedahkan nama bunga berkenaan iaitu zukini.

Sebut sahaja zukini, kita pasti terbayangkan sejenis sayuran menyerupai timun kerana rupa dan bentuknya yang seakan-akan sama.

Zukini turut dikenali sebagai timun Jepun kerana masyarakat negara itu menggunakannya sebagai menu seharian terutama dalam pembuatan sushi.

Ia adalah sumber sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan antaranya serat, asid folat hingga vitamin C dan antara kebaikannya dapat mencegah hidrasi, sembelit, hipertensi, penuaan, diabetes, osteoporosis, meningkatkan kesuburan lelaki, menjaga kesihatan mata, mengurangkan masalah keradangan, mencerdaskan otak dan meningkatkan sistem imun.

Foto: Pinterest

Sama seperti buahnya, bunga zukini juga mempunyai beberapa kebaikan untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Antara manfaat bunga berbau wangi ini adalah kaya vitamin A,C,E dan K, serta mineral zink, magnesium, mangan, kalium (potassium) dan kalsium.

Bukan itu sahaja, bunga zukini yang sudah dimasak dapat memenuhi keperluan vitamin C harian.

Yanie Baharom