“Rasa Macam Nak Tumbuk Je Opah Tu” Ramai ‘Naik Hantu’ Tonton Drama Bukan Gadis Biasa

Kini trending!

Drama rantaian Bukan Gadis Biasa yang ditayangkan menerusi slot Akasia benar-benar mencuri perhatian apabila lakonan Sheila Rusly, Ayda Jebat, Remy Ishak dan ramai lagi pelakon berbakat mendapat respon yang positif daripada penonton.

Watak opah Aminah lakonan Sheila Rusly misalnya, begitu menarik perhatian netizen apabila majoriti penonton yang menyaksikan drama ini betul-betul ‘naik hantu’ dengan lakonan beliau.

Malah, pelakon dan pengarah, Sheila Rusly juga turut berkongsi pelbagai komen dan reaksi penonton terhadap lakonan beliau menerusi akaun instagram miliknya.

Sumber : IG Stories @Sheilarusly_jspictures
Sumber : IG Stories @Sheilarusly_jspictures

Walaupun, dalam masa yang sama ramai penonton yang geram dengan watak Opah Aminah, Bukan Gadis Biasa sebenarnya menyelitkan banyak pengajaran berguna kepada masyarakat.

Misalnya, opah yang terlalu manjakan Amir berbanding Rayyan. Sehingga menuntut Rayyan mempunyai perasaan dendam terhadap opahnya sendiri.

Kalau korang belum menonton drama Bukan Gadis Biasa, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi kepada opah Aminah pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam hanya di TV3!

Salma Syahbuddin