Categories: Trending Hari Ini

Lebih 100,000 Mahasiswa Mula Berangkat Pulang Ke Kampung Hari Ini

Selepas sebulan lebih terkandas di pusat institusi pendidikan masing-masing, nampaknya kira-kira lebih 100,000 mahasiswa seluruh negara akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman hari ini.

Namun begitu, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, hanya pelajar yang pulang ke kampung halaman dari zon hijau yang diberikan kebenaran ketika ini.

Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara kelonggaran yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas.

Perkhidmatan Pengangkutan Turut Disediakan

Penyediaan pengangkutan turut disediakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenal pasti.

Menerusi satu sidang media oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau berkata bagi mereka yang terperangkap di kampung (bukan pelajar) atau tempat lain yang ingin pulang ke destinasi masing-masing pula perlu terus bersabar.

Bagi sebarang maklumat dan info terkini mengenai Covid-19, korang boleh saksikan hanya di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Sumber: Berita Harian

Syafiqa Irdina