Featured By: Fadzlena Jafar May 16, 2020 @ 1:45pm

Burger Maya Karin dapat sambutan, bakal buka 3 cawangan lagi

Sejak memulakan perniagaan burger yang diusahakan secara kecil-kecilan di rumahnya, pelakon yang terkenal dengan watak puntianak dalam filem Harum Sundal Malam, Maya Karin, semakin serius dengan perniagaan berkenaan.

Meskipun beroperasi dari laman rumahnya dengan dibantu beberapa kakitangan, permintaan terhadap Burger Bakar Maya bukan sahaja dalam kalangan penduduk di sekitar rumahnya di Sungai Penchala, tetapi juga dari peminatnya di sekitar Lembah Klang.

Tidak hairanlah, sejak membuka gerai mini Maya Burger Bakar itu awal Mac lalu, Maya Karin seolah-olah tidak menang tangan apabila menerima tempahan orang ramai, malah ada syarikat dan agensi yang menempah dalam jumlah yang banyak.

Sehubungan itu, Maya Karin dalam satu perkongsian pada 9 Mei lalu berkata, beliau akan membuka cawangan Burger Bakar Maya di beberapa lokasi bagi memudahkan peminatnya untuk menikmati burger berkenaan.

“Inilah gerai burger sederhana saya, tetapi sudah ratusan burger yang kami hasilkan.  Kesemuanya dihasilkan dengan kegembiraan dan udara segar menggunakan daging burger Dara bermutu.

“Tidak lama lagi saya akan buka cawangan di beberapa lokasi seperti Sri Kembangan, Kota Damansara dan Shah Alam,” katanya.

Burger Bakar Maya menyediakan pelbagai menu menarik bermula pada harga RM4 bagi burger Dara Chick sehingga RM20 (burger istimewa Wagyoo).

Antara menu Burger Bakar Maya yang mendapat sambutan hangat ialah burger kuah sate dengan pilihan daging ayam, kambing dan daging lembu, selain pelbagai menu lain yang menampilkan cita rasa tempatan.

Dalam perkongsian pada 11 Mei lalu, Maya Karin berkata, beliau turut membuat penghantaran bagi individu yang ingin menyumbang atau bersedekah termasuk untuk petugas barisan hadapan.

“Penghantaran burger kali kedua bagi petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya minggu lalu. Sebanyak 40 burger untuk hidangan lewat malam. Minggu ini, hidangan untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan anak yatim atas nama penaja yang ingin bersedekah,” tulisnya yang mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk membuat penghantaran burger berkenaan.

Pasti ramai yang teruja kerana burger berkenaan dihantar sendiri pelakon jelita itu, malah kehadirannya menarik perhatian petugas barisan hadapan yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Untunglah siapa yang dapat makan air tangan primadona terkenal itu, jangan sampai pembungkus Burger Bakar Maya dibingkai pula!

Kredit gambar: Instagram @mayakarin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Featured Mon, 4 Mar 2019
Gaya Hidup Wed, 26 Sep 2018
Featured Wed, 18 Mar 2020

Kerajaan tidak melaksanakan bancian atau imunisasi COVID-19

Jangan terpedaya dengan pihak ambil kesempatan

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

The Shorea, Villa Mewah Dengan Seni Bina Yang Memukau Di Lereng Bukit

Bagaikan dejavu, saat menghala perjalanan dari Lebuhraya LEKAS (Senawang-Jelebu) Negeri Sembilan.

Featured Tue, 19 Jun 2018

Awas Pencinta Kucing, Bulu Kucing Boleh Menjejaskan Kesihatan Anda!

Jaga-jaga dengan bulu kucing, ia bahaya untuk kesihatan anda!

Featured Thu, 4 Feb 2021

Finalis Ada Banyak Benda Nak Kongsi? Celcom XPAX Tampil Dengan Cerita Di Sebalik #AJL35!

Debaran pentas AJL35 kian terasa! Walaupun COVID-19 membuatkan tarikh penganjuran AJL35 ditunda, namun itu bukan penghalang untuk korangmerasai sendiri kehangatan yang dibawakan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35! […]

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Paling sedap jika dimakan dengan nasi putih panas.

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

| Live TV