Categories: FeaturedGaya Hidup

Cara solat tarawih di rumah buat golongan wanita dan ibu-ibu

Insya-Allah dua hari saja lagi seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Bagaimanapun kedatangan Ramadan dan sambutannya kali ini amat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Pasti ramai yang merindui saat azan dilaungkan, berkejaran ke masjid dan keseronokan berada dalam saf dengan ribuan jemaah lain menunaikan solat tarawih.

Suasana sebegitu tidak mungkin dapat kita nikmati selagi penularan wabak COVID-19 belum berakhir dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diteruskan.

Jangan bersedih, pamerkan rasa cinta dan tanggungjawab anda sebagai Muslim dengan menunaikan solat tarawih di rumah.

Foto: Instagram Sheila Rusly

Bertarawih di rumah bagi golongan wanita, sememangnya lebih afdal. Bahkan Rasulullah telah bersabda:
Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di biliknya, dan solat di tempat tidurnya lebih baik daripada solat di rumahnya”.

Bagi mereka yang baharu pertama kali hendak menunaikan solat tarawih di rumah, Hijab & Heels serta panduan mudah khususnya buat wanita ibu-ibu sekalian.

Cara solat tarawih di rumah buat golongan wanita dan ibu-ibu.

Foto: Archive Hijab & Heels

Baca niat dan solat seperti biasa. Ulang sehingga lengkap rakaat yang anda ingin lakukan (8, 16, 20). Surah selepas al-Fatihah adalah bergantung pada surah yang anda ingin baca.

Setelah selesai melakukan setiap empat rakaat, baca doa di bawah ini:

Foto: Archive Hijab & Heels

Kemudian, anda boleh sambung rakaat yang anda ingin lakukan. Ini adalah bacaan doa selepas selesai solat tarawih.

Foto: Archive Hijab & Heels

Usai solat tarawih, jangan lupa untuk menunaikan solat sunat witir. Berikut adalah cara untuk menunaikan solat sunat witir.

Bermula dengan solat dua rakaat dan diikuti dengan satu rakaat.

Ini adalah doa selepas selesai solat sunat witir tiga rakaat: (gambar rajah).

Semoga dengan panduan solat tarawih di rumah ini, anda dapat menjalankan ibadah di bulan Ramadan dengan lebih berkat.

Selamat beribadah!

Yanie Baharom